Tuesday, 10 July 2018

IELTS results

Sebenarnya kan, masa habis exam haritu, aku lupa tanya pihak IDP, macam mana nak tau results, tengok dekat mana, bila? Setahu aku 14 hari dari tarikh exam. Termasuk Sabtu Ahad ke?
Boleh pulak lupa nak tanya, mungkin excited sangat dah habis terus blah camtu jer. Adeh.
Aku pun telefon pihak IDP semula, diorang kata tunggu diorang email.So, memang betul diorang cakap 14 hari selepas exam. Minggu pertama aku wat derk jer lah. Hari-hari yang mendatang seperti biasa. Minggu kedua tu aku dah start tak senang duduk. Aku rasa bagai masa berlalu dengan begitu lambat, macam SLO-MO kat camera handphone tu.

Aku godek-godek kat internet. Aku ada nampak satu link tu macam kita boleh tengok results. Tapi tak tau bila. Hari lain aku pi lagi kat website tu. Aku baca betul-betul balik, dia kata camni..

 12:00AM Australian Eastern Daylight Saving Time (AEDT) on the 13th day after the test

Boleh check kat sini rupanya.. haih
Maksudnya aku boleh check di Malaysia setara dengan waktu Australia. Aku pun google. Ohh.. aku boleh check starting Khamis pukul 10 malam. Malam tu aku check berdebor rasa. Ceit! Tengok - tengok takdak lagi. Jumaat pagi aku check lagi. Lega. Results dah keluar. Alhamdulillah. It meet my requirement. Easy. Leh proceed ke next step proses aku nak ke sana.

Kome teka lah sendiri yer. Hahha..
Masalah sekarang ni, aku perlukan sekeping kertas results tu untuk lengkapkan syarat tawaran belajar tu. Results yang tengok kat internet ni preview jer. Aku pun call IDP tanya bila dia nak post results aku. RM20 dah ku bayar untuk postage. Sekeping kertas jer pun, RM20 dia cas. Kedarah betul. IDP kata dia post Jumaat petang tu jugak. Airpak akan pick up.

Kemudian IDP ada kasi email bagitau tracking number. Nasib baik aku cerdik pi check kat website. Mana ada keluar results kat email. Haih. Aku start tracing tracking number. Part ni yang aku merampuih ni. Boleh pulak dia pi mai pi mai sekeping results aku tu. Dah dari Penang , dia pi Nibong Tebal, pastu pegi naik balik ke Butterworth. Aduhai Saleha...... *cry*


Aku nak cepat weh. Dah berapa hari progress aku tergendala sebab ni. Candidate lain yang dok Pudu, Banting, Ipoh semua dah sampai. Aku punya hat Gunung Semanggol tak sampai - sampai lagi. Silap aku boh alamat kampung. Baik boh alamat rumah pengasuh jer. Masuk hari ke 3, Rabu aku tak mau tunggu dah. Aku cakap nak pegi amik sendiri. Tapi masalahnya aku keluar kilang pukul 6ptg. Nasib baik pihak diorang membantu jugak. Kasi aku datang kol bape pun, guna pintu belakang. Walau lambat, kecewa aku  balik kerja dan terus pecut amik results kat Butterworth tanpa memikirkan nak makan apa untuk berrbuka demi sekeping results IELTS.

Akhirnya, sampai ke tangan ku juga sekeping results bernilai RM845 dan kos postage RM20 dengan tol dan minyak ke opis Airpak di Butterworth. Menyesal bayar postage. Huhu. Eh overall mesti lah lega dah dapat results kan. Tapi kesusahan hati ini perlu diambil kira juga ni.

Results aku tak tally dengan apa yang aku lalui haha. Reading tu aku lost dapat tinggi pulak 6.5. Speaking tu mungkin yang part 3 tu dia tanya A, aku jawab B. Tah pape. Overall aku dah leh meet requirement conditional offer yang aku dapat tu. Tapi submit lambat gila. Merata results ni pegi.

Tapi aku ada target, aku akan ambil lagi IELTS ni mungkin lagi setahun sebab aku nak meet requirement untuk Permanent Resident. Baik aku bersedia lebih awal. Tapi simpan dulu hasrat ni. Susun strategy dulu. Nanti dah sampai sana aku akan mengorak langkah menuju puncak dengan izin Yang Maha Esa. Sekarang aku nak practise baca laju-laju.

Habis, cerita IELTS aku! Wassalam.


Untuk pautan pantas, sesiapa yang nak soft copy material latihan IELTS, boleh subscribe my telegram channel dan download material dari situ.

IELTS Academic : From My Experience

Pada tarikh 19 May 2018 Sabtu yang lalu, aku menduduki peperiksaan IELTS yang dianjurkan oleh IDP Penang bertempat di Cititel Hotel. Pendaftaran bermula pada pukul 7.45am dan pintu akan tertutup buatmu jika datang lewat 8.30am.

 Nak pergi exam tu, aku bawa :
  • diri sendiri
  • jari sendiri untuk thumb print
  • IC
  • pensel 2B 2 batang
  • pemadam
  • pengasah
Lobby Hotel Cititel. Semasa menunggu pendaftaran dibuka

Selesai pendaftaran, kami diberi masa untuk ke tandas sebelum exam dimulakan. Kami diberikan plastik transparent untuk menyimpan alat tulis. Tidak dibenarkan pencil box yer.

Sesungguhnya aku berpuasa. Test diambil semasa menyambut bulan Ramadhan

Kena thumb print dulu dan masuk ke dewan peperiksaan. Masa tu aku dapati dalam 20 org jer terdiri daripada warga Yaman, India, Chinese dan Malay. Bilik peperiksaan tak besar mana so aku yakin aku tak akan jadi pekak semasa peperiksaan listening dijalankan.

Lepas masuk exam tu, aku cari mana meja aku. Dekat meja dah tertera nama kita dan nombor pendaftaran. Duduk ikut nama masing2. Aku dapat duduk no 2 dari hadapan. Selesa untuk jawab listening.

Pihak IDP edarkan answer sheet terlelbih dahulu. Kita kena shades kan tarikh, pusat peperiksaan, dan nombor pendaftaran, kemudian tulis nama huruf BESAR menggunakan pensel. Answer sheet ni sehelai jer. Depan belakang ni untuk bubuh jawapan Listening dan Reading. Kertas yang sama.

Kemudian pihak IDP edarkan kertas soalan untuk Listening. Test pun bermula.
Section 1 (dialogue orang nak kirim barang) : aku sangat steady.
Section 2 (kisah kelas masakan) : ada dah aku rasa tertinggal sikit
Section 3 (tak ingat kisah ape) : nak start lost dah
Section 4 (arkeologi) : LOST! aku banyak tembak. Sedih!

Selesai saja Listening, buku soalan dikutip dan buku soalan Reading pulak diedarkan. Terus start Reading tanpa ada toilet break. Aku ingatkan boleh pi tandas. Rupanya tak boleh keluar dewan.
Paragraph 1 (kisah haiwan akan lupus) : petikan macam susah sikit tp soalan senang. Still leh catch.
Paragraph 2 (kisah 1 boy ada syndrom fail to recognise other face) : petikan senang. Soalan pun mudah tapi baru jer jawab sekerat, penganjur dah remind kan yang masa tinggal 25minit jer lagi. Alamak! Aku pun mula menggelabah.
Paragraph 3 (kisah funfair) : Petikan mudah tp aku tak cukup masa dah. Aku baca soalan, scan paragraph dan tembak. Aku priority kan soalan yang kena isi word tu dulu.
Overall aku rasa ralat sebab masa tak cukup. Aku masih tak berstrategi untuk menjawab. Aku jenis jawab dengan penuh sopan dan tatasusila itu lah padahnya.

Aku kata pada diri, its ok. Takpe. redah jer. Buku soalan dan answer sheet dikutip. Kemudian answer sheet dan buku soalan untuk Writing pulak diedarkan. Buku soalan  ni pun kita kena tulis nama yer. Guna pensel. Nanti diorang kutip balik soalan.

Task 1 aku dapat Table dan Graph di mana attendance of people visit to Cinema di Australia direkodkan. Graph plak describe tentang age group yang pergi ke Cinema. Banyak benda boleh di reportkan tapi masalahnya aku cuba nak relatekan between table dengan graph tapi tak berjaya.
Sedar-sedar, pihak IDP remind kan ada baki masa lagi 35 minit, aku pulak belum habiskan ayat untuk task 1. Aku rasa aku perlu bertindak, takleh tunggu lagi. Aku pun tinggalkan essay task 1 tu dan lompat ke Task 2 pulak.

Task 2 aku cukup menarik sebab aku memang ada study topik ni pada hari sebelumnya, Jumaat, test plak hari Sabtu. Apa yang aku study, keluar pula. Topiknya adalah "Technology increase gap between rich people and poor people". Soalan cuma mintak pendapat. Aku sebenarnya risau kalau dapat soalan seperti sport, nuklear, environment, dan berbentuk agree atau disagree. Aku goreng jer lah dan masukkan beberapa less common word untuk dapatkan extra marks. Lepas exam, aku check balik less common word aku tu, ade satu perkataan aku lupa spelling macam mana. Rupanya silap. Cis! Aku tengok balik masa,  masih ada 10minit baki lalu aku pun sambung semula essay report Task 1 yang tak siap tadi tu. Berapa patah perkataan aku tak pasti. Aku agak2 jer. Rasa cukup kot. Aku tak sempat nak kira.

Selesai jawab Listening, Reading dan Writing, aku pun pergi thumb print dan keluar dari dewan peperiksaan. Untuk Speaking pula, sesi aku pada pukul 3.20ptg. Difahamkan speaking cuma amik masa 12-15minit jer dan boleh jadi sesi kita akan start lebih awal. Pukul 1 aku dah start menungggu. Aku tengok yang lain pegang buku dan nota-nota. Aku jadi gerun.

Tak lama kemudian, ada yang dah selesai Speaking test dan ada candidate lain yang bertanya macam mana pengalaman diorang dalam Speaking test. Tapi pastu kena warning dengan IDP. Hahahaha. Rata - rata diorang dapat soalan general knowledge. Aku mula cuak. Diorang ni banyak sembang pulak. Aku jadi gabra dan rasa semak pulak diorang sembang memintas aku. Dah la aku duduk di tengah-tengah. Last-last aku menjauhkan diri untuk mencari ketenangan hakiki.

Ada dua bilik untuk Speaking test. Alhamdulillah aku dapat examiner yang manis senyumannya yang melentur rasa gusarku. Soalan aku dimulakan dengan,  

"do u stay in house or apartment".
Memang ada tertengok soalan ni dan aku memang duduk di rumah landed.

Speaking room aku no 2

"which room do u like the most?"

"do u plan to move from your current house?"

"do u think u're feeling bored?"

"what makes u feel bored?"

"How u handle from being bored?"

Soalan diteruskan lagi,

"What is ur best vacation u like the most?"

"What do u think the most important thing to plan for your travel?"

"Where is your next destination for vacation? Why?"

Dah kenapa semua soalan memang kena ngam sangat dengan diri aku. Memang aku beli rumah landed instead of apartment. Memang aku suka travel. Lega rasanya, dipermudahkan untuk part ni. Kalau dia tanya minat bersukan ke tak? Mampus aku nak goreng. Haha

Kemudian untuk Part 2 plak, aku dapat topik "what is your best wearing for special occasion?"
Dia kasi paper dan pensel untuk aku merangka jawapan dalam masa 1 minit. Tapi aku tak sempat pun dan aku blur jenuh nak ingat baju apa sebab nervous. Padahal boleh jer cerita baju kawin aku. Bila tiba masa nak start, terus aku spontan jawab kebaya merah yang aku beli kat Icahfa. Pastu aku blur dan pause seketika dalam 2 saat. Examiner itu senyum dan terus support aku supaya nadi aku tidak terhenti. Dia selitkan soalan, "ada ambil gambar pakai baju tu tak?"
Aku pi senyum plak dan sambung cakap lagi ada amik gambar dan share di instagram pastu tag icahfa. Tapi sebenarnya aku tak buat pun. Reka cerita asal boleh cakap pot pet pot pet. Terima Kasih madam kerana menyambung nafasku.

Part 3 untuk Speaking disambung dengan beberapa soalan tentang pakaian. Formal dan informal.
"do u think people suka pakai casual tak?
penting tak pakai pakaian formal dalam suatu majlis? 
Pakaian dapat membezakan manusia tak?"

Aku jawab panjang lebar tapi kan sebenarnya aku rasa aku melalut, tersasar dari soalan. Cis! Tapi aku tak peduli, apa nak jadi, jadilah. Aku redah asalkan selesai.

"Then u have finished your speaking test"

Eh, habis dah?
Lega!

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku lega dan bersyukur aku dah melaluinya. Benda yang aku taknak harung sebenarnya, tapi disebabkan atas certain requirement, aku kena amik jugak. Dah lah mahal. Risau tak meat score, kang kena ulang balik amik lagi, bayor lagi, berdebar lagi. Haih! Tengok lah aku dapat berapa nanti. Lepas habis tu aku rasa macam aku dah bebas. Macam budak habis exam spm dan nak pergi meraikan kelegaan dan ketegangan urat tengkuk, otak semuanyalah.


Till then.


Untuk pautan pantas, sesiapa yang nak soft copy material latihan IELTS, boleh subscribe my telegram channel dan download material dari situ.


IELTS preparation : From my experience

Kalau korang ada cita - cita untuk migrate, kerja atau sambung belajar ke luar negara, by hook or by crook, korang kena amik IELTS jugak.

Untuk IELTS ni aku amik dengan IDP Penang. So the test is held on 19 May 2018  at Cititel Hotel, Penang. Bayaran sebanyak RM845 dikenakan untuk seat IELTS ni. Klo korang tak dapat capai band yang korang nak, kena ambil lagi sekali ikut atas korang punya decision macam mana. Sama ada nak ambil lagi dan pursue impian korang atau dok jer dalam Malaysia ni diam-diam, terpulang. So, better buat betul-betul untuk IELTS. RM845 bukanlah murah aku rasa.

aku guna buku ni jer

Aku punya timeline;

Start study : 1 May 2018
Online Register : 14 May 2018
IELTS examination day : 19 May 2018

Speaking
Test berlangsung lebih kurang 12 - 15 minit.
Face to face. One-on-one.

Ada;
Part 1 (background , atau perkara-perkara basic dan surrounding),
Part 2 (topic given), dan
Part 3 (soalan relate to Part 2)

Korang boleh study speaking macam ni:
  • tengok kat youtube macam mana cara Speaking test dijalankan
  • tengok soalan-soalan di dalam buku latihan gambaran topik-topik yang akan dikeluarkan.

Listening
Test berlangsung selama 30 minit

Ada;
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Korang boleh study listening macam ni :
  • tengok kat youtube, boleh dengar dan lihat soalan pada video, jawapan di sediakan at the end of the video.

Reading
Test berlangsung selama sejam.

Ada;

Paragraph 1
Paragraph 2
Paragraph 3

Tips :
  • practise! tp bukan practise buat latihan reading tu banyak-banyak. Practise baca dengan laju, practise skimming dan scan passage.
  • baca soalan dulu
  • identify the keywords

Writing
Test berlangsung selama sejam.

Ada;

Task 1 (buat report based on graph, chart, table given)
Task 2 (given topic)

Tips :
  • beri pendedahan kepada diri tentang soalan - soalan latihan
  • tengok contoh jawapan
  • kayakan vocabulary
study writing
Aku perasan yang aku ni study hard which aku rasa bukanlah ideal practise. Lagi aku buat latihan, lagi markah aku rendah untuk module Reading. Beberapa hari sebelum exam, aku terjumpa tips menarik. Kat website tu dia kata, untuk READING, kita tak perlu buat latihan banyak-banyak. Tak perlu challenge diri. Apa yang penting, kita kena practise baca laju-laju. Bila aku fikir, ada benar gak tips ni. Tapi aku dah tak sempat practise baca laju - laju sebab masa tu aku kat stage buat latihan Writing.

Untuk Listening, masa latihan di rumah, aku ok jer. Tak risau sangat. Setiap hari aku akan spend masa untuk latihan Listening. Selalu task 1 tu mesti dapat markah penuh sebab kena masukkan tarikh, alamat, price, macam tu jer. Itu pun sangat membantu dah untuk menyelamatkan skor.

Untuk writing, sebab memang dah biasa menulis essay untuk segala macam biasiswa application, bagi aku, study contoh - contoh jawapan yang orang lain buat pun ok. Tengok-tengok soalan, fikirkan secara rawak isi-isi kandungan untuk certain soalan. Aku rasa korang mesti boleh. MUET dulu aku dapat band 3 jer. Mesti leh dapat IELTS band 5.5 sekurang - kurangnya. Kalau MUET korang band 1 atau 2, korang jangan rileks sangat untuk amik IELTS, practise banyak-banyak ok. IELTS ni mahal tau.

Speaking pulak, aku just kena handle nervous jer dan kita kena belajar sikit new vocab. Words yang kita jarang guna. Aku belajar kat youtube. Contoh biasa kita sebut, "beautiful", untuk test ni kita guna lah "exquisite" . Haa.. kan rare tu.

Kalau korang nak soft copy, boleh email aku kat nur.diyana.farhana@gmail.com . Sesiapa yang nak hardcopy latihan-latihan yang dah aku conteng dan ada sebahagian latihan yang aku tak sempat buat, aku leh kasi free. Korang bayar duit postage jer. Boleh dm kat ig aku bagitau nak softcopy atau hardcopy kertas latihan yang aku print banyak-banyak tu. Sape cepat dia dapat lah yer yang hardcopy tu.

Untuk pautan pantas, sesiapa yang nak soft copy material latihan IELTS, boleh subscribe my telegram channel dan download material dari situ.



Semoga berjaya.

Menuju puncak! Gemilang cahaya... 💃💃

Monday, 9 July 2018

JEJU Trip : AirBnb

Percutian kali ini aku memilih Airbnb untuk penginapan kami di Jeju sebab kami tak nak berpindah-randah. Kami nak stay satu tempat jer. Aku study map dan menurut kefahaman aku, jarak paling jauh dari satu tempat ke satu tempat hanya satu jam. Jadi, better kami stay satu tempat jer memandangkan ahli trip kami terdiri daripada ibu dan ibu mertua ku dan anak kecil ku berumur 3 tahun. Kami jugak akan memasak, akan mengambil masa kalau kami nak kemas dan packing barang-barang mentah and check out check in tempat lain.

Trip kami pada 5 March 2018, aku mula booking pada November 2017. Pada awalnya aku dah book Airbnb dekat Aewol-eup. Dah buat payment pun berjumlah RM1662.45. Aku dah mesej host bagitau dia kami berapa orang, umur berapa, dia invite aku untuk book. Kemudian, pada January 2018, host tu cancel booking aku dan refund without any reason. Sedar-sedar aku nampak dalam email, duit aku di refund jer. Aku mesej dia kenapa cancel, dia tak reply pun. Aku kusut gak masa tu sebab aku busy preparation trip ke Bangkok.

Aku pun terkial-kial cari rumah lain pulak. Sambil-sambil tu kak ipar aku tolong usha rumah-rumah kat Airbnb. Aku pun rasa tak pa lah dia cancel. Setengah orang yang tak bernasib baik lagi lah kesian. Duit refund pun lambat. Yang ni walaupun dia tak bagitau reason, at least dia refund cepat. Masa tu cari kat Airbnb memang dah susah sangat nak dapat rumah mungkin sebab dah nak dekat tarikh pergi kot. Tapi bila kak ipar aku cari, banyak pulak pilihan dia ada dan murah-murah. Aku pun hairan macam mana dia cari. Rupanya ada satu skill yang aku tak tau. Haha.

Cara kak ipar aku buat, masa dia search, dia masukkan tarikh yang betul, tapi dia masukkan bilangan orang tu dua orang sahaja. Kemudian keluar pilihan-pilihan rumah. Ok, then bila kita jumpa yang berkenan, kita mesej host tu dan perkenalkan diri, bagitau berminat nak book dan terangkan secara detail ahli kumpulan yang akan menginap tu berapa orang dan peringkat umur. Sertakan sekali kau kerja apa dalam mesej tu. Host biasanya reply cepat sangat.

So, aku berminat dengan satu rumah ni. Nama host tu Youngjun. Dia ada banyak rumah. Friendly and pandai english. Masa aku nak bayar tu, Airbnb suruh masukkan jumlah kepala yang akan menginap. Aku kan pada asalnya masuk dua orang jer, aku contact host tu semula dan dia izinkan masuk jer kuantiti berapa orang pun. Harga seperti yang kami dah deal. Lega satu bab.

Bila orang tanya nama apartment tu, memang aku tak dapat jawab sebab nama dia camni

ni address apartment tu. Korang leh cari kt Airbnb
sakura di sekitar penginapan
Overall aku ok jer dengan penginapan ni. Cuma satu jer lah aku rasa macam tak cukup, dia kasi towel mandi kecik sangat. Orang sini memang mandi tak pakai towel ek? Lepas mandi terus golek atas lantai kasi kering ek? Kenot brain la saiz towel ni. Lepas lap tengkuk n ketiak jer ni. Hari kedua kami mintak towel lebih kt dia. 12 helai dia kasi. Eh marah ke? haha.

tangga atas tu bilik kami
Di hari kejadian, masa kami touch down Jeju, kami pick up car dulu di AJ Car Rental. Kemudian staff AJ tu nak ajar kami guna GPS. Rupanya aku tak di provide kan pun GPS number penginapan tersebut. Host share location kat wasap jer. Kami ikut, tapi tak jugak sampai ke penginapan. Kami ada tanya kat petani sekitar tu. Aku yakin mesti tak jauh dah. Cuma tak tau yang mana satu jer. Kemudian petani tu bawak lori dia dan tunjukkan kami kat mana tempat penginapan tu. Selang dua lorong jer. Berbesar hati sungguh dia menolong kami. Bagus depa ni. Walaupun kami berkomunikasi umpama itik dan ayam, sudahnya dia suruh kami mengekori dia dari belakang. Terharu.

Sesampai jer kami di sini, host tu tak ada. Dia suruh kami ambil kunci. Masalahnya kami tak tau pintu office nyer kat mana untuk amik kunci. Pi mai pi mai dalam kesejukan tak hingat dunia, akhirnya husband aku dan kakak ipar aku jumpa gak receptionist dan berjaya ambil kunci bilik kami. Kami dapat dua buah bilik di mana pintu tengah nya kami dapat buka dan jadi sebuah rumah. Aku mintak tingkat bawah, tapi dapat tingkat atas. Haih... dah kena menapak naik tangga.

office untuk ambil kunci
naik tangga ni untuk ke bilik kami
Ada hari yang kami balik awal dari jalan-jalan, aku ada spend a few minutes tengok kawasan sekitar. Ambil gambar. Luas, banyak rumah penginapan disediakan. Angin kuat. Kapal terbang lalu lalang atas kepala. Sejuk sungguh. Aku tak tahan. Dah lah pakai selipar jer. Masuk rumah, dapat pijak lantai heater, lega aku rasa. Tidur kat sini, sampai tilam pun rasa hangat. Sebab tilam atas lantai.

kapal terbang lalu lalang
Sekitar kawasan terdapat banyak ladang oren. Sunyi. Tapi takde orang. Dari hari ke hari kami mencari peluang untuk mintak buah oren kat ladang diorang ni. Hehe. Tapi, on our last day, host bagi kami buah oren banyak. Sampai kami bawak balik Malaysia. Tak lalu pulak dah nak makan buah oren.

tatapan terakhir sebelum pulang
Bagi yang tanya better stay satu tempat jer atau pindah-pindah, bagi aku terpulang pada masing-masing. Semua bergantung kepada berapa hari korang stay, berapa ahli trip korang, kawan-kawan atau dengan family. Kalau travel dengan family, akan amik masa sedikit. Kalau dengan kawan-kawan 2 atau 3 orang InshaaAllah tak banyak kerenah laju jer bergerak. Jarak paling jauh dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa sejam macam tu. Kalau masuk area city, kena jaga speed jadi lambat lah sikit. Kalau travel dengan family, kita akan masak dan barang akan banyak dipunggahkan, tu sebab kami stay satu tempat jer sebab taknak amik masa untuk check out dan check in semula. Barang-barang kami memang akan punggah satu rumah. Minyak masak, telur, beras, seafood. Haaa... kalau korang pindah randah, takkan nak biar seafood dalam kereta seharian pulak kan? semua kena consider tu. Rancang lah sebaik mungkin itinerary anda.

Thursday, 21 June 2018

JEJU Trip : Rent a Car in Jeju needs International Driving Permit (IDP)

Kalau nak bercuti ke Jeju ni seeloknya sewa lah kereta sebab korang leh pergi ke mana saja korang suka dan boleh berhenti kat mana-mana. Kalau pergi in a group lagi bagus, boleh share duit sewa kereta dan petrol. Jimat belanja.

boleh singgah di merata tempat
Trip aku dulu, aku sewa kat AJ Car Rental. Boleh guna debit card dan credit card. Hasil survey kereta-kereta sewa di Jeju, aku rasa AJ Car Rental ni murah dan berpatutan.

Masuk website AJ Car Rental yang cantik ni
Korang masuk website ni dan register as a member dan boleh dapat discount. Masa pick up nanti baru dia charge ke credit card. Korang book jer dulu. Kalau lambat-lambat nanti no car available hah kaw!

Upon arrival Jeju Airport nanti, lepas pick up luggage ape semua, korang mesti terus jumpa pintu keluar, keluar jer ikut pintu tu, lintas jalan, dan ikut jer orang ramai jalan - jalan tu dan sampai la ke tempat menunggu shuttle. Naik shuttle tu dan dia akan bawa kita ke car rental office. Masa ni sape yang bawak beg berat tu kena struggle sikit sebab naik turun bas shuttle.

Masuk office car rental tu untuk pick up car. Sebelum sampai office tu baik korang standby siap-siap segala alamat tempat penginapan, IDP (International Driving Permit), dan passport driver. Lepas dapat kunci, staff diorang akan ajar guna GPS. Kat sini semua pakai nombor GPS. Bukan nombor telefon tau. GPS Number ni lain. Selalu starting nombor dia 7 dan ada 7 digit number. Kadang-kadang jer aku guna waze

Nak drive kat sini, driver belah kiri tau. Tak sama ngan Malaysia. Harap korang tak biul lah. Just calm down and drive. Eh, senang jer aku cakap kan. Bukan aku yang drive. Haha. Mula-mula tu memang kami kena hon gak la. Biul kat roundabout. Kemudian ok jer pemanduan suami aku. Katanya fast learner kan. Time ni lah nak menguji diri kita, berani menyahut cabaran atau tidak. Berani mencuba atau tidak. Kalau tak berani, baik korang standby jer lah duit banyak-banyak untuk hire tour guide.

drive at left side with GPS provided
Kalau tak de International Driving Permit, better korang buat siap-siap lah. Ingat! nak bercuti ke Jeju, korang pergi JPJ terus cepat-cepat untuk buat IDP. Sediakan RM150, gambar berukuran passport dua keping. Kat JPJ nanti korang kena isi borang. Bawa pen siap-siap yer. Sejam lepas tu terus siap IDP korang. So, tak perlu risau dah. Jangan tinggal pulak IDP korang tu masa nak fly ke Jeju. Aku cepuk kang!

IDP RM150 valid setahun
Kereta sewa ni kami dapat harga dalam RM1000. Kitorang share dan bahagi 5 orang, so sorang bayar RM200. Petrol pun kami share. Tu untung pergi in a group. Tapi kena yang muat satu kereta lah. Kalau pergi 7 orang nak satu kereta sedan, tak dapat lah. Ataupun korang boleh gak try electric car. Macam menarik dan banyak tempat untuk charge kereta. Mungkin lebih murah. Aku tak pernah survey pulak yang tu. Hal kereta ni suami aku jer yang survey dan booking. Dah dia yang kena drive.

kami dapat harga macam ni untuk kereta sedan 5 adults
So, rasanya jelas kot semua penerangan tentang nak sewa kereta kat Jeju. Kena ada IDP dan memandu belah kiri. Kena ada debit card atau credit card. Rata-rata yang pm aku semua soalan sama jer, ni ha aku dah bagitau semua serba serbi. Oklah. Kalau ada apa-apa lagi nak tanya yang tak berkaitan, boleh jer dm aku kat ig atau pm kt fb. Selamat memandu di sebelah kiri.


Monday, 11 June 2018

JEJU Trip : Day 8 : Depart KLIA2

Pada hari terakhir, kami bangun pagi, sarapan dan kemas-kemas rumah penginapan kami selama 8 hari 7 malam ni. Cuaca agak sunny dan tidak terlalu sejuk lagi dah. Semasa urusan check out, kami bergambar dengan owner penginapan ni. Sangat ramah. Dia minta maaf sebab dia tak sambut masa kami sampai.

dari puncak Seongsan Ilchulbong
Owner berikan kami banyak buah oren. Sekitar penginapan ni memang banyak buah oren pun. Memang kami tunggu masa jer nak pi mintak. Tengok-tengok dia bagi siap dah. Selesai lambai-lambai tangan, dapat buah oren, kami pun nak menuju ke Jeju Airport.

Masa ni kami mempunyai sedikit masalah. Kami takde no GPS Airport. Masing-masing buka hp sebab nak google GPS number untuk ke Airport. Kemudian baru sedar yang poket wifi kami sudah expired. Hahahahaha. Maknanya kami lost connection. GPS tak tau number, internet pun takde. Sudahnya kami main redah jer. Ikut signboard.

Dari simpang traffic light, kami dah nampak Jeju International Airport tp bila masuk simpang, tak jumpa pun pintu airport. Banyak kali pusing jalan yang silap. Bahana bila takde internet dan GPS number. Jadi kawan-kawan yang lain, save siap-siap GPS location masa pick up car rental tu yer. Kalau dapat save location pick up car tu dah takyah risau sebab kita boleh naik shuttle ke airport.

Sudahnya, kami sampai juga di pintu airport walaupun banyak kali salah jalan. Suami drop kami semua di gate 4. Kemudian kami tunggu jer kat situ tak bergerak ke mana-mana sebab masing-masing takde poket wifi. Masa tunggu suami aku drop car rental tu kami cuba connect dengan wifi airport. Akhirnya kami dapat berkumpul semula dalam sebuah keluarga. Hahaha.

Kami pekena hot chocolate kat vending machine sebelah gate tu. Sedap weh. Adoi! sedap sungguh. Kamudian kami cari kaunter Air Asia. Memang tak buka lagi. Kami dah lah takde Boarding pass. Tak boleh nak print out. Tak tau pasal ape. Rupanya memang nak check in kena ke kaunter. Memang tak boleh print sendiri pun. So, semua beratur panjang-panjang di kaunter Air Asia.

Masa tu kami sampai sangat awal. Pukul 1.25pm flight kami. Tapi pukul 10pagi dah ada di airport. Kami buang duit dulu kat 7E airport. Beli banana uyu. Aku tengok ramai borong banana uyu, aku perasan ni murah sikit. Masa kami beratur tu, kami berkenalan dengan orang Langkawi. Bawa anak-anak bercuti ke Jeju dengan menaiki teksi. Duit banyak habis untuk tambang teksi. Sangat tidak berbaloi. Sesiapa nak ke Jeju memang menyewa kereta sangat sesuai. Jadi buat sesiapa yang nak bagpack tu, seeloknya datang dengan rakan lain, boleh share duit kereta sewa dan duit petrol.

Selepas check in, kami ingin melepasi kastam. Tapi beberapa barang kami telah dicampak ke dalam tong sebab kami bawa minuman. Hahaha. Degil. Kan dah tau awal-awal yang liquid lebih 100ml adalah dilarang. Buat perangai sungguh la. Haha. Jadi kami teguk minuman lelaju kat situ jugak. Muka ketat jer pegawai diorang. Air minuman untuk anak aku jer lepas. Itupun sebotol jer dia kasi.

pulang yok
Lepas jer kat pemeriksaan kastam tu, terus kami nampak pintu surau. Wah! dekat airport Jeju ada surau! Bagus. Ada satu pemandangan pelik di Airport Jeju. Aku lihat ramai orang berpusu-pusu dan kelam kabut ke hulu ke hilir, shopping bag bersepah-sepah. Aku tak faham apa yang telah berlaku. Jenuh aku tenung apa yang diorang buat? Benda ni normal dan selalu berlaku ke? Aku tanya orang pun aku susah nak terima hakikat apa yang diorang dok buat ni.

aktiviti ini tak dapat dikenalpasti
Murah sgt ke kome weh?
Kami masuk ke sebuah kedai souvenir dan menghabiskan duit di situ. Ada satu kedai tu, dia jual air chocolate gak. Sedap gila weh. Duit syiling semua kami habiskan di sini. Kami beli Chocolate Oren Jeju. Sedap. Sebab menyesal tak beli awal-awal, kat sini baru pulun nak beli. Tapi harga beza 1000won jer. Tak mahal sangat. Airport ni kecik jer. Tak macam KLIA2 yang ko kena menapak 3 stadium pun tak habis. Kecik jer airport ni.

coklat ni sedap. Aku beli kt kedai souvenir di airport. Depan boarding gate. Kat market pun ada jual
duit syiling yang masih berbaki
Aku dan anak aku duduk berdua. Suami aku seat sebelah tingkap sana. Kami sengaja tak nak beli seat. Jimat. Anak aku terus tidur jer. Senang aku. Atas flight, aku summarize balik percutian aku ke Jeju dalam buku merah aku. Oh, aku tak beli prebook meal. Aku beli meal on flight. Rupanya beli meal on flight sangat mahal. Better korang beli prebook ok. Mahal 6ringgit rasanya. Sebab kami seat belakang, tinggal makanan yang mana ada jer yang dapat dibeli.

selesa tidur
aku summarize balik iti perjalanan
baik jer dia yer. Senang bawak jalan - jalan gini
Aku sampai di Malaysia pada jam 6.44ptg. Secara keseluruhannya, aku rasa sedikit kesal sebab tak dapat masuk ke Yeongmeori Coast. Saranan aku, jangan pergi time musim aku ni. Better pergi musim bunga betul-betul atau autumn. Aku pergi ni masa musim peralihan dari sejuk ke musim bunga. Masa aku bercuti kt Jeju ni, ada lah perasaan nak balik cepat. Rasa letih berjalan 8 hari walaupun aku dah jalan-jalan santai. Masa aku gi German dulu takde plak rasa gedik nak balik. Mungkin Korea tak kena pada jiwa aku kot. Aku still tekad dengan impian aku nak travel ke Europe.

Rakan-rakan yang akan ke Jeju, jika ada sebarang pertanyaan, boleh lah dm kt ig aku @stanzabliss atau komen kat sini pun boleh. Aku selalu jer bukak blog. Nak tips ke ape-ape ke boleh rujuk blog ni. Aku ni kalau pi berjalan, tak suka lah nak selfie banyak-banyak ke apa. Aku suka share apa yang aku lalui, apa yang aku nampak. Korang leh tengok gambar-gambar kt ig aku. Aku suka jika pengalaman aku ni dapat memanfaatkan orang lain.

Rakan-rakan yang baru berjinak-jinak nak gi bercuti tu, pendapat aku, pergilah merantau ke negeri / negara orang. It would change your perception. Suka lah aku ingatkan bahawa, korang tak gi travel pun, duit tu akan habis. Baik pergi jer travel. Book jer tiket flight. Kalau tak reti beli tiket flight, meh aku ajar. No hal. Aku suka encourage orang pergi travel.

Next post, aku akan share lagi tentang penginapan aku di Jeju, IDP (International Driving Permit), makanan, dan lain-lain lagi. Lepas ni aku nak share pengalaman aku yang lepas pulak, yang tak ku nukilkan di blog seperti pengalaman aku ke Perth dan Bangkok. Cerita lapok tapi boleh la aku abadikan di sini buat kenangan. Nak kata traveller sejati tu tak la. Sebab aku dikategorikan lewat juga. Di kesempatan ini lah aku suka untuk kongsi supaya yang lain dapat memanfaatkan masa muda mereka dengan aktiviti berfaedah.


Friday, 8 June 2018

JEJU Trip : Day 7 : Seongsan Ilchulbong, Seopjikoji Lighthouse dan Seongeup Folk Village

Lagi sekali kami menggunakan laluan yang sama dari penginapan kami ke Seongsan Port. Tapi hari ini kami akan melencong ke Seongsan Ichulbong. Laluan yang sama untuk ke Seongsan Port, feri untuk ke Udo Island. Kesejukan dan kenyamanan Pulau Jeju buat aku jatuh cinta dengan bumi Korea. Pada hari ini sang mentari elok terpacak naik dan suhu tidak terlalu sejuk, sekitar 10degree. Sangat sesuai untuk ber"outdoor". Aku rasa memang sangat berguna ramalan cuaca di internet ni.

Bayaran dikenakan sebanyak 2000KRW untuk pelancong dewasa. Sekitar parking kereta Seongsan Ichulbong ini terdapat banyak kedai jualan cenderamata, sotong bakar, dan jus oren. So, kat sini boleh enjoy juga cuci mata. Kami beli souvenir di kedai Korean yang boleh berbahasa Melayu di sini. Kedainya terletak bertentangan dengan bilik tayangan Seongsan Ichulbong, berhadapan dengan parking kereta.

Pada asalnya kami tak nak hiking ke atas puncak Seongsan Ichulbong, tapi atas dorongan ibu mertua ku, ku gagahi jua hiking ke atas dengan niat untuk merakam pemandangan dari atas puncak sana. Since, aku tak dapat hiking ke Udo Peak pada hari ke 5 yang lalu. Mama aku teman sampai ketinggian 90 meter jer. Risau pulak aku kalau dia sakit kaki nanti kang.

trek hiking
bermulalah trek hiking ke Seongsan Ilchulbong. Tak sesuai bawa stroller
Seongsan Ichulbong ni terhasil daripada letusan gunung berapi beratus ribu tahun dahulu. Mempunyai ketinggian setinggi 90meter dan berdiameter 600meter. Tapi nak sampai ke puncak, ketinggian dia 180meter. Seongsan Ichulbong ini dikelilingi batu-batu tajam, bentuknya seakan-akan crown.

horse riding
Di kaki Seongsan Ichulbong ni kita boleh enjoy horse riding. Tandas disediakan pada awal trek hiking. Tapi better korang pi tandas siap-siap lah. Trek untuk hiking ni sangat selesa dan santai. Ada beberapa port untuk kita tengok pemandangan di sekitar bandar Seongsan ni. Dari atas ni, kita boleh nampak Udo Island. Pemandangan sangat cantik tak terkata. Satu pengalaman yang amat berharga mendaki ke atas puncak Seongsan Ichulbong.

pemandangan dari puncak Seongsan Ichulbong
Since aku naik sorang-sorang, aku risau juga siapa lah nak amik gambar aku nanti. Tapi bila aku nak  release shutter jer, ade jer orang yang offer kan diri untuk ambilkan gambar aku. Bagus nya orang-orang kat sini. Aku nampak kat sini macam ramai traveller from Korea, China, Indonesia, Malaysia. Tak ramai dari Europe. Kenapa yer? Mungkin sebab musim sejuk lagi kot. Mungkin orang Europe nak musim panas.

Boleh nampak Udo Island
Tak lama pun, tak sampai sejam, aku dah sampai ke atas dengan beberapa kali stop sebab nak tengok view and capture gambar. Rupanya aku baru berada di ketinggian 180m.

Sampai dah puncak Seongsan Ilchulbong
Aku ambil masa lebih kurang 5 minit untuk baca info dan melihat sekitar puncak ni. Ramai jer tourist yang tolong ambilkan gambar aku dan aku pun tolong amik gambar diorang.

Ini lah dia puncak Seongsan Ilchulbong
Antara orang yang bermurah hati tolong ambil gambar aku
Ini lah dia carter tu. Takleh la menapak ke situ. Tengok hat ni jer
Tak lama kemudian aku pun turun. Aku dah start rasa panas. Buat pertama kali aku tak pakai baju sejuk di Jeju. Haha. Nak turun, tangga dia ber"zigzag". Aku mula dahaga. Yer lah, aku ingat nak half way jer. Aku cepat-cepat turun cari yang lain dengan wifi takde nyer. Sampai jer di bawah aku ke hulu dan ke hilir cari wifi. Nak tanya diorang ada kat mana. Rupanya serbu kedai souvenir orang Korea yang boleh cakap Melayu tu. Dia ada ipar orang Malaysia, that's why dia boleh cakap Melayu.

Menuruni Seongsan Ilchulbong
Yang lain dah tunggu lama, aku rasa macam tak patut pulak nak ronda kawasan ni. Kat sini boleh tengok pertunjukan Women Divers. Diorang ni warga emas (wanita) menyelam tanpa bantuan oksigen untuk menangkap hasil laut. Hebat kan? Aku tak berkesempatan nak tengok persembahan diorang.

Yang berbumbung tu tempat tengok Women Divers Performance
Trek untuk turun dah disediakan. Turun belah sini
Kemudian kami menuju ke Seongeup Village sebab kami tak dapat masuk ke Jeju Folk Village haritu. Village ni free entrance. Lepas parking jer terus ada orang sambut. Dia explain sikit-sikit tentang macam mana orang kampung di Jeju ni tinggal.

Dia kasi test madu
Dia cerita yang lelaki duduk rumah, makan tidur. Perempuan yang kena keluar bekerja cari duit sebab dulu para lelaki ni berjuang mempertahankan tanah air, so mereka dibalas dengan layanan yang cukup istimewa. Amboi!

Sampai ke satu rumah perkampungan orang Jeju ni, rupanya orang tu nak menjual air oren dan pelbagai produk tempatan macam minyak urut, minyak sakit kepala, gatal-gatal. Aku ada try air oren tester yang dia bagi. Sedap sungguh. Aku goyah nak beli, tapi risau tak cukup duit. Sudahnya banyak duit lebih aku tak pakai. Haha.

Sekolah diorang kot
Seongeup Folk Village
Lepas tu kami pergi makan di area Seongsan Ilchulbong, baru nak rasa lapar. Adoi, patah balik pulak. Baik gi makan jer dulu tadi. Aku dapat tau dari group BBM yang kedai ni ada Halal Certificate. Kedai ni jual ikan sahaja. Ikan yang hidup di dalam akuarium ni.

Masukkan nombor GPS 7842120
Asam pedas ikan mackerel ni sedap
Ikan mackerel ni sedap oi. Bakor dengan garam jer. Tapi bukan masin. Tapi sedap. Eh susah cakap lah
Lepas semua dah kenyang, kami pergi tengok Seopjiko Lighthouse. Masa ni kan semua kenyang, jadi mengantok lah. Tak rasa pulak nak explore Seopjikoji, tapi nak tengok kawasannyer ada apa. Orang ramai. Maklumlah, weekend. Parking pun agak penuh.

Nun sana tu Seopjikoji Lighthouse
Time ni aku tengok orang mancing. Tak larat dah nak menapak ke sana sebab aku baru jer menapak naik Seongsan Ilchulbong. Risau sakit pulak kaki karang. Ini lah destinasi terakhir kami di Jeju.

Kami bergerak pulang ke rumah penginapan. Balik, kemas baju, dan bertolak ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...