Monday 9 July 2018

JEJU Trip : AirBnb

Percutian kali ini aku memilih Airbnb untuk penginapan kami di Jeju sebab kami tak nak berpindah-randah. Kami nak stay satu tempat jer. Aku study map dan menurut kefahaman aku, jarak paling jauh dari satu tempat ke satu tempat hanya satu jam. Jadi, better kami stay satu tempat jer memandangkan ahli trip kami terdiri daripada ibu dan ibu mertua ku dan anak kecil ku berumur 3 tahun. Kami jugak akan memasak, akan mengambil masa kalau kami nak kemas dan packing barang-barang mentah and check out check in tempat lain.

Trip kami pada 5 March 2018, aku mula booking pada November 2017. Pada awalnya aku dah book Airbnb dekat Aewol-eup. Dah buat payment pun berjumlah RM1662.45. Aku dah mesej host bagitau dia kami berapa orang, umur berapa, dia invite aku untuk book. Kemudian, pada January 2018, host tu cancel booking aku dan refund without any reason. Sedar-sedar aku nampak dalam email, duit aku di refund jer. Aku mesej dia kenapa cancel, dia tak reply pun. Aku kusut gak masa tu sebab aku busy preparation trip ke Bangkok.

Aku pun terkial-kial cari rumah lain pulak. Sambil-sambil tu kak ipar aku tolong usha rumah-rumah kat Airbnb. Aku pun rasa tak pa lah dia cancel. Setengah orang yang tak bernasib baik lagi lah kesian. Duit refund pun lambat. Yang ni walaupun dia tak bagitau reason, at least dia refund cepat. Masa tu cari kat Airbnb memang dah susah sangat nak dapat rumah mungkin sebab dah nak dekat tarikh pergi kot. Tapi bila kak ipar aku cari, banyak pulak pilihan dia ada dan murah-murah. Aku pun hairan macam mana dia cari. Rupanya ada satu skill yang aku tak tau. Haha.

Cara kak ipar aku buat, masa dia search, dia masukkan tarikh yang betul, tapi dia masukkan bilangan orang tu dua orang sahaja. Kemudian keluar pilihan-pilihan rumah. Ok, then bila kita jumpa yang berkenan, kita mesej host tu dan perkenalkan diri, bagitau berminat nak book dan terangkan secara detail ahli kumpulan yang akan menginap tu berapa orang dan peringkat umur. Sertakan sekali kau kerja apa dalam mesej tu. Host biasanya reply cepat sangat.

So, aku berminat dengan satu rumah ni. Nama host tu Youngjun. Dia ada banyak rumah. Friendly and pandai english. Masa aku nak bayar tu, Airbnb suruh masukkan jumlah kepala yang akan menginap. Aku kan pada asalnya masuk dua orang jer, aku contact host tu semula dan dia izinkan masuk jer kuantiti berapa orang pun. Harga seperti yang kami dah deal. Lega satu bab.

Bila orang tanya nama apartment tu, memang aku tak dapat jawab sebab nama dia camni

ni address apartment tu. Korang leh cari kt Airbnb
sakura di sekitar penginapan
Overall aku ok jer dengan penginapan ni. Cuma satu jer lah aku rasa macam tak cukup, dia kasi towel mandi kecik sangat. Orang sini memang mandi tak pakai towel ek? Lepas mandi terus golek atas lantai kasi kering ek? Kenot brain la saiz towel ni. Lepas lap tengkuk n ketiak jer ni. Hari kedua kami mintak towel lebih kt dia. 12 helai dia kasi. Eh marah ke? haha.

tangga atas tu bilik kami
Di hari kejadian, masa kami touch down Jeju, kami pick up car dulu di AJ Car Rental. Kemudian staff AJ tu nak ajar kami guna GPS. Rupanya aku tak di provide kan pun GPS number penginapan tersebut. Host share location kat wasap jer. Kami ikut, tapi tak jugak sampai ke penginapan. Kami ada tanya kat petani sekitar tu. Aku yakin mesti tak jauh dah. Cuma tak tau yang mana satu jer. Kemudian petani tu bawak lori dia dan tunjukkan kami kat mana tempat penginapan tu. Selang dua lorong jer. Berbesar hati sungguh dia menolong kami. Bagus depa ni. Walaupun kami berkomunikasi umpama itik dan ayam, sudahnya dia suruh kami mengekori dia dari belakang. Terharu.

Sesampai jer kami di sini, host tu tak ada. Dia suruh kami ambil kunci. Masalahnya kami tak tau pintu office nyer kat mana untuk amik kunci. Pi mai pi mai dalam kesejukan tak hingat dunia, akhirnya husband aku dan kakak ipar aku jumpa gak receptionist dan berjaya ambil kunci bilik kami. Kami dapat dua buah bilik di mana pintu tengah nya kami dapat buka dan jadi sebuah rumah. Aku mintak tingkat bawah, tapi dapat tingkat atas. Haih... dah kena menapak naik tangga.

office untuk ambil kunci
naik tangga ni untuk ke bilik kami
Ada hari yang kami balik awal dari jalan-jalan, aku ada spend a few minutes tengok kawasan sekitar. Ambil gambar. Luas, banyak rumah penginapan disediakan. Angin kuat. Kapal terbang lalu lalang atas kepala. Sejuk sungguh. Aku tak tahan. Dah lah pakai selipar jer. Masuk rumah, dapat pijak lantai heater, lega aku rasa. Tidur kat sini, sampai tilam pun rasa hangat. Sebab tilam atas lantai.

kapal terbang lalu lalang
Sekitar kawasan terdapat banyak ladang oren. Sunyi. Tapi takde orang. Dari hari ke hari kami mencari peluang untuk mintak buah oren kat ladang diorang ni. Hehe. Tapi, on our last day, host bagi kami buah oren banyak. Sampai kami bawak balik Malaysia. Tak lalu pulak dah nak makan buah oren.

tatapan terakhir sebelum pulang
Bagi yang tanya better stay satu tempat jer atau pindah-pindah, bagi aku terpulang pada masing-masing. Semua bergantung kepada berapa hari korang stay, berapa ahli trip korang, kawan-kawan atau dengan family. Kalau travel dengan family, akan amik masa sedikit. Kalau dengan kawan-kawan 2 atau 3 orang InshaaAllah tak banyak kerenah laju jer bergerak. Jarak paling jauh dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa sejam macam tu. Kalau masuk area city, kena jaga speed jadi lambat lah sikit. Kalau travel dengan family, kita akan masak dan barang akan banyak dipunggahkan, tu sebab kami stay satu tempat jer sebab taknak amik masa untuk check out dan check in semula. Barang-barang kami memang akan punggah satu rumah. Minyak masak, telur, beras, seafood. Haaa... kalau korang pindah randah, takkan nak biar seafood dalam kereta seharian pulak kan? semua kena consider tu. Rancang lah sebaik mungkin itinerary anda.

No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...