Assalamualaikum.
kalau korang baca post ni, bermakna korang tertunggu-tunggu story aku di ig mahupun fb. Pelik kan? kenapa aku dah lama tak update story di ig or fb.
Sengaja aku takmau update. Aku struggle/cari jalan untuk fokus next jalan hidup dari memerah keringat kepada society. Hahahahha.
Takde lah. Actually, seminggu pertama tu aku fokus buat PTE. practise..practise..practise.. Some of you, tahu macam mana aku dengan PTE kan.
Dalam aku duk practise..practise..practise... ada time aku malas jugak. Ada time aku tak dapat fokus jugak. So, bagi aku, social media ni bukan punca aku hilang fokus. Mindset and diri ku sendiri yang boleh buat aku hilang fokus. Walaupun social media bukan punca semata, aku still tak update story sebab aku nak hidup dengan "be present", "mindfulness".
Aku suka update story, sharing ape aku buat, tapi bila followers naik, aku mula rasa, malas lah nak update. Hahah.
So, sebab utama ialah aku nak fokus PTE.
Sebab kedua ialah, aku rasa bersalah sebab even aku dah habis study master, aku still tak dapat/belum ada masa menyantuni rakan-rakan. As promised, lepas habis study, nak invite korang datang makan-makan at rumah aku, nak gi rumah korang, tapi at the end, lepas habis study master, aku still duduk rumah and give full commitment to PTE. Akhirnya, silaturrahim tak dapat dieratkan lagi dek kerana aku nak kejar impian aku. Aku rasa bersalah nak update story. Sebab klo aku pegi jalan-jalan tu, bermaksud aku nak rehat otak jap dari practise PTE. Bukan sebab aku ada masa nak pegi jalan-jalan dan taknak jumpa korang.
Minta maaf ya kawan-kawan. Aku sedang mengejar cita-cita.
Sebab ketiga, itu hari Wafiq demam 3 hari jugak. Lepas tu aku pulak tak sihat. Mula sakit tekak, selsema, batuk. Aku down gila time tu sebab aku tak dapat practise PTE. Aku dah practise PTE banyak dah. Tapi bila sakit tekak, selsema, macam mana aku nak buat speaking PTE? Terus aku tinggal practise dalam seminggu jugak lah. Tak dapat nak seat exam PTE lagi. Lepas sakit tekak tu, dah nak baik, allergic pulak dah. 4 hari jugak nak baik.
Sebab keempat, itu hari kawan baik kitorang buat birthday party. So, 3 hari kitorang ulang-alik gi rumah dia, tolong dia prep ape semua. Banyak aktiviti, tapi aku memilih untuk tidak share. Seronok rasa macam meriah kenduri and balik kampung.
Sebab kelima, lepas dah sihat, makan-makan kat birthday party, aku ingat nak sambung lah buat PTE. Alih-alih aku busy apply next visa kami. Aku ingatkan sikit jer benda dan urusannya. Sebab aku dah biasa apply student visa sendiri. Tapi visa kali ni, banyak benda nak kena isi. Ulang alik uni, amik transcript, survey insurance. Isi borang tu, borang ni. Banyak pulak urusannya. Honestly, banyak benda aku nak share. Tapi aku kena setelkan hidup aku dulu, utamakan diri aku dulu. Baru nanti aku share bila perlu dan jika korang interested nak tahu.
Syok jugak ya, hidup hiding macam ni. haha. baru lah orang call/whatsapp cari kita. Terima kasih kawan-kawan yang mencari dan roger. Sayang korang semua.
Doakan next journey kami dipermudahkan.
Banyak benda nak cerita, about PTE, about insurance, about next visa. Penuh liku, banyak cerita. Tak sabar untuk aku lambakkan. Tapi kita tunggu masa yang sesuai.
Terima kasih mendoakan kami.
Aku doakan moga urusan korang juga dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment