Sunday 24 March 2019

IELTS General Training : From my experience

Semalam, 23 March 2019 aku menduduki test IELTS yang dianjurkan di Western Sydney University. Ini merupakan kali kedua aku mengambil IELTS. Kali pertama aku ambil tahun lepas merupakan mode Academic, di mana masa tu aku tak pasti path aku untuk apply student visa atau work skill visa. Bergantung pada keputusan IELTS masa tu sebabnya, kalau ambil mode academic ni boleh pergi sambung belajar dan juga migrate. Jadi, tahun lepas aku ambil jer academic siap-siap, kalau result bagus, boleh usahakan untuk work skill visa. Tapi sebab result tak memberangsangkan, cukup-cukup untuk pergi belajar, makanya aku ke luar negara dan belajar bukan guna work skill visa. Untuk migrate, kena dapat band 7 for each module. Each module ok. Bukan overall. Means, reading, listening, writing dan speaking tu semua kena dapat band 7 each. Even semalam aku ambil test General Training pun aku rasa macam tak mampu dapatkan band 7 lagi. Susahnya lahai.

Pengalaman IELTS Academic tahun lalu, boleh klik di sini.

Kali ni aku taknak cerita pengalaman persediaan sebab ianya memenatkan dan perit. Yang perit itu biarlah aku telan dalam-dalam. Kalau dulu, aku study, buat latihan di kilang. Kali ni semua tu kena buat di rumah di mana cabarannya sangat menguji ketahanan dan keupayaan diri. Aku banyak kali juga give up. Rasa taknak ambil. Tapi apakan daya, dah terlajak bayar pula.

IELTS General Training ni beza hanya di Reading dan Writing. Lagi mudah aku rasa. Reading format tu banyak iklan which is boleh dapat direct dari situ berbanding Academic, semuanya paragraph panjang berjela. Muak jadinya. Writing pula task 1 buat surat bagi aku lebih mudah dari task 1 Academic writing di mana kena analisa graph, benda yang aku tak suka tengok.

Sekarang, di Australia dah boleh ambil IELTS berkomputer. Tapi aku tak yakin guna komputer. Jadi lambat masa Reading. Aku stick method ujian bertulis. Kalau berkomputer, baik ambil PTE jer. Aku still tak yakin untuk ambil PTE sebab aku tengok banyak sangat format dan aku tak boleh benda yang ada countdown tu jadi makin nervous. Libang libu dibuatnya nanti. Kalau ambil secara berkomputer, keputusan dikeluarkan cepat sikit, dalam masa 5 hari dah dapat results.

Jadinya, semalam merasalah aku pengalaman ambil IELTS di luar negara. Aku berjalan kaki menunggu bas, turun bas, menapak masuk ke perkarangan universiti. Yang lain aku tengok semua naik kereta dan aku sorang jer orang Malaysia. Aku tengok bilangan orang pun ramai dari pelbagai negara, Nigeria, Pakistan, Turki, India, Japan, Korea.

Test center kali ini
Ada sorang girl ni dari Nigeria. Dah 6 kali dia ambil IELTS dan PTE dua kali. PTE tak sesuai bagi dia kerana pronounciation dia masa speaking tak dapat di analyse dengan baik menggunakan komputer. Dia nak kan band 7 each untuk Work Skill Visa, sama lah di sini situasi candidate semua sama. Nakkan work skill visa untuk menetap di Australia. Gerun aku dengar dah berapa banyak dia habiskan wang untuk tinggal di Australia. Bukan senang untuk berhijrah. Wang perlu banyak. Azam perlu kuat.

Melalui apa yang aku hadapi semalam, sistem peperiksaan di sini ada perbezaan dengan di Malaysia.

Di sini ujian di mulakan dengan Writing terlebih dahulu, kemudian Reading dan Listening. Speaking di sebelah petang. Di Malaysia, dimulakan dengan Listening, kemudian Reading dan Writing. Speaking sama juga di sebelah petang.

Setibanya aku di tempat ujian, bag aku di simpan mengikut sistem pernomboran. Jadi aku simpan salinan nombor bag aku. Kemudian masuk ke dewan peperiksaan dengan thumb print 4 kali. Duduk di meja yang siap tertera nama. Untuk ke meja kita pun diorang bawakkan. Kalau di Malaysia, melilau merata cari meja yang ada nama kita dan bag pula di longgok kan di dalam bilik yang mereka akan kunci. Kalau tersilap ambil bag atau orang lain ambil bag kita, habis lah. Handphone, wallet semua kena tinggal kan dalam bag. Tak boleh bawa masuk. Semalam, staff situ siap check lengan lagi sampai ke siku. Aku terlibas tinggi pulak tangan ke muka dia. Haha.

1. Writing 

Task 1
Aku dapat soalan di mana kawan aku mulakan bisnes import / export. Dia mintak pendapat aku barang apa yang sesuai dia import dari negara aku. Sebab apa aku suggest product tu.

Task 2
Sending text messages and calling. Which more bring advantages or disadvantage. Aku cemas juga dapat soalan adv / disadv ni sebab kalau dia mintak satu jer, just adv senang sikit. Ni aku kena hurai dua-dua.

Lepas dapat soalan tu aku belek kedua-dua soalan. Aku cuba mulakan task 1 dulu tapi tak gerak-gerak. Tanpa membuang masa aku terus jump ke task 2 bagi aku it is better sending text messages rather than giving a call. Aku tak suka cakap dalam telephone di mana aku rasa orang yang call aku sentiasa call pada masa yang tak sesuai. Aku selalu silent jer phone. Keep calm and writing. Aku ikut format yang aku baca dari material yang aku jumpa. Panduan tu sangat membantu. Selesai task 2, aku jump balik ke task 1. Aku recommend kat kawan aku product Home Deco dari Kmart. Aku ikut format dari panduan tu jugak. Selesai semua, aku check spelling. Aku tak kira pun berapa patah perkataan sebab yakin bila ikut panduan tu, perkataan aku akan lebih kurang ikut syarat dah.Aku tengok jam, aik? Ada lebih 6 minit. Wah. Biar betul. Honestly aku tak pernah buat latihan menulis sebelum ni. Satu takde masa, satu lagi, siapa pula yang sudi nak check aku punya penulisan. Masa buat assignment kolej pun aku macam dah muak menulis. Berbanding pada level aku tahun lepas, jarang menulis bahasa inggeris. Tapi sejak belajar di kolej yang kena selalu menggoreng ni, aku dah terbiasa menulis belum kira lagi essay yang aku buat semasa permohonan biasiswa.

Tapi writing ni, kena ingat even kita rasa lancar menulis, spelling betul, but it doesnt mean kita meet the criteria coherent, cohesion, lexical. Dulu aku tak tau pun benda-benda ni. Bila aku baca panduan menulis baru aku faham. Patutlah sebelum ni punya test, aku boleh menulis tapi rupanya tak meet requirement. So, now redha. lagi 2 minggu baru dapat keputusan.


2. Reading 

Reading untuk General Training bagi aku lebih senang dan ringkas. Kalau Academic tu aku rasa berat dan sangat banyak wording. Aku layan jawab satu persatu. Ada stage yang aku banyak buang masa kat fill the word. Kemudian habis rosak time management aku. Tak cukup masa. Tak sempat jawab betul-betul kat section 4. Frustnya. Banyak habis masa kat mencari word. Akhirnya aku sudahkan jawapan dengan acara menembak. Sedih. Reading adalah antara latihan yang aku selalu buat. Tapi still tak dapat perform jugak semasa ujian. Sama macam exam lepas, tak cukup masa dan tembak jer banyak.

Yang aku ingat reading ni dia bagi :

Task 1 = tak ingat iklan apa tapi berkenaan dengan terms and condition pekerjaan. Kena jawab true, false or not given.
Task 2 = Iklan event. Ada event for children, tour guide, craft, food sampling, musical. kena match event apa yang sesuai dengan statement.
Task 3 = Self service ticket purchasing. True, false, not given.
Task 4 = job sharing. Cari words
Task 5 = quokka population terancam. Multiple choice, match kan siapa yang cakap dengan statement, cari words. Banyak aku tembak sebab tak cukup masa. Aku utamakan yang cari words. sebab yang boleh isi A, B, C tu boleh tembak.

Bagi aku, semalam punya test terlalu banyak wording. Lagi berat dari latihan yang biasa aku buat di mana iklannya ringkas-ringkas. Aku selalu confuse false dengan not given. Itu pun dah makan masa aku.


3. Listening

Selepas habis reading, aku ingat boleh keluar gi toilet. Rupanya haram tak dibenarkan. Masa reading and writing ade jer yang keluar masuk pergi toilet. Masa Listening of course lah tak boleh. Even ada gap kejap selepas reading dan sebelum bermula listening , pun tak boleh keluar gi toilet. Aku dah lah rasa nak terkecencing sangat masa tu. Aduhai. Tak senang duduk dibuatnya. Sedih tengok diri sendiri. Haha. Sebelum test ade jer aku gi toilet siap. Tapi masa test tu pun aku minum banyak. Rasa macam tak cukup oksigen. Badan seram sejuk. Maklumlah malam sebelum tu aku tak cukup tidur. Wafiya meragam seharian semua benda tak kena meleret sampai ke malam. Dugaan sungguh buat mommy macam aku ni untuk study. Letih dan tak cukup tidur malam sebelum peperiksaan tu. Lagi sekali, sedih dengan diri ini. Huhu.

Untuk Listening, section 1 tu aku confuse fifteen dengan fifty. Damn! Listening kali ni terlalu banyak soalan multiple choice di mana ini memang section yang aku lemah. Mana nak fokus untuk mendengar dalam masa yang sama nak baca multiple choice yang banyak. Tak kuat iman. Dah la memang kurang fokus sebab badan letih dan tak cukup tidur. Apalah nasib aku kali ini.

Listening yang aku dapat semalam, banyak dah aku lupa. Haha.

Task 1 = isi tempat kosong untuk nama event, place, program, comment
Task 2 = tak ingat
Task 3 = Conversation 3 orang, lecturer, girl dan lelaki bernama Greg sembang pasal music studies
Task 4 = tak ingat

Banyak tak ingat. Habis energy dah time ni. Kurang fokus. Mata berat. Kepala berat. Nak terkencing. bad experience. Bagi aku, aku setuju Listening dimulakan awal macam di Malaysia. Masih segar dan boleh fokus.

Aku tawaf habis kawasan universiti ni

4. Speaking

Speaking diadakan di sebelah petang. Pihak penganjur ada emel dan sms bagitau waktu untuk speaking sehari sebelum test date. Masa booking tu, kita tak dapat exact time. Sehari sebelum test date baru dia kabor.

Sebelum test speaking, aku rehat di kawasan uni. Nak ke luar mencari makan pun jauh-jauh. Aku bawak bekal buah-buahan. Nak tidur rasanya tapi tak dapat nak lelapkan mata. Aku selak selak jer lah kertas topik-topik semasa.

Aku agak menggeletar sebelum test speaking. Aku cukup risau jika dia tanya issue semasa atau topik yang aku tak minat dan aku risau word blocking yang boleh membuatkan aku jadi jem.

Sebelum speaking ni lagi sekali, aku letak bag ikut nombor yang diberi. Masa ni lah baru pihak diorang ambil gambar. Kalau di Malaysia, awal-awal pagi terus ambil gambar. Tapi di sini, gambar di ambil sebelum speaking. Gambar ni akan dipaparkan pada results kita nanti.

Ada 4 orang examiner. Kami ramai, adanya 4 orang examiner makanya proses berjalan dengan cepat. Sesekali examiner tu pergi rehat. Muntah gamaknya examine ramai orang. Aku dapat examiner perempuan. Dia sambut aku dari ruang menunggu lagi. Dia panggil nama aku, penuh. Kemudian dia tanya aku macam mana pronounciation dia betul ke? Sempat lagi bergurau. Bagus! Buat aku hilang nervous. Siap dia buka pintu lagi. Masa habis speaking test, dia yang bangun buka kan pintu siap bye2 lagi. Kalau di Malaysia, examiner duduk jer di kerusi.

Speaking aku kali nasib tak berapa baik. Dia tanya aku benda-benda yang aku tak minat. Bila aku tak minat, aku less knowledge dan banyak word blocking, tak tau nak sembang apa.

Antara soalan yang dia tanya :

Task 1
  • what is your name?
  • tell me about yourself?
  • where do you live?
  • kau suka tak duduk situ? dah berapa lama?
  • kau nak ada changes tak kat tempat kau tinggal sekarang?
  • masa kecik kau ada bela pet tak?
  • kalau kau nak bela, kau nak bela apa?
  • di negara asal kau, diorang banyak bela apa? kenapa?
  • kau suka handwriting atau typing? Kenapa?
  • kau rasa handwriting tu menggambarkan personality tak?
  • kau suka orang lain handwrite kat kau atau typing? kenapa? 

Task 2
aku dapat tajuk, News on the internet or television. Seriously aku tak minat tajuk ni. Dah lah aku jenis tak tengok news sangat. Baca headline jer yg lintas di facebook. TV lagi lah tak ada. Aku nak ceritakan peristiwa pembunuhan kejam di Christchurch tapi aku risau kang aku berlinang pulak air mata masa bercakap. Risau word blocking satu hal.


Task 3
  • di Malaysia tengah hangat berita apa?
  • group yang macam mana yang suka berita tu?
  • perlu tak dedahkan younger age dengan berita? 
  • kanak-kanak perlu tak dedahkan dengan berita? How?
Tunggu bas untuk pulang
Maka, tamatlah perjalanan IELTS aku yang kedua kalinya. Aku pulang dengan rasa lemah gemalai. Terasa penat setelah berjuang. Aku rasa macam still tak boleh achieve band 7. Sedih. Tawakal jer lah. Mengharapkan keajaiban berlaku. Menanti keputusan lagi 13 hari.

Untuk pautan pantas, sesiapa yang nak soft copy material latihan IELTS, boleh subscribe my telegram channel dan download material dari situ.


1 comment:

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...