Tuesday 2 April 2019

Mahu berhijrah? Adakah betul keputusan kita?

Ramai yang mesej aku menyatakan hasrat dan keinginan mereka untuk berhijrah. Tapi masih belum kesampaian. Tidak tahu cara. Ada yang tanya mana lagi best? Ada yang tanya apa pros n cons.

Sedara,

Setiap benda ada pros and cons. Aku tak boleh kata hidup berhijrah 100% ada kebaikan. Aku tak boleh jugak kata stay di Malaysia 100% bagus. Setiap perkara, apa jua keputusan ada kesan dan akibat. Bergantung pada apa yang kau cari. Apa yang kau nak dalam hidup. Apa yang kau nak capai.

Usah sesekali korang semangat tinggalkan Malaysia kerana benci akan politiknya, pemerintahannya, manusianya. Kadang kita tengok indahnya lahai hidup di luar negara. Kadang kita nampak bestnya luar negara. Bersihnya negara orang.

Kita, dilahirkan di Malaysia. Dibesarkan dan membesar di Malaysia. Base kita di Malaysia. Amat mustahil rasanya untuk tidak mencintai tanah air sendiri. Sedangkan India pergi ke Amarika pun bangga dengan negara mereka, India. Inikan kita.

Terima Kasih ya Allah.. Aku bersyukur kerana Engkau kurniakan ku peluang untuk mengutip pengalaman di rantauan

Bergantung juga pada tujuan mengapa kita berhijrah. Kalau kita mencari pendidikan yang lebih baik, terbaru aku ada tengok ranking education di Malaysia hanya beza 3 tangga dengan Australia. Mungkin kalau dulu dari awal lagi berhijrah, masa tu pendidikan di luar negara sangat baik. Jika kita mencari pekerjaan yang lebih baik, sama saja. Di sini pun susah untuk dapatkan pekerjaan. Bersaing dengan para immirgant lain. Perlu tahu bahawa bukan orang Malaysia saja yang berada di sini. Ada ramai immigrant dari pelbagai negara termasuk Brazil, Turki, Lebanon, Pakistan, India, China. Dan ini juga membawa jurang bangsa. Ada juga issue racist kat sini. Sama jer. Malaysia ke Australia ke sama saja issue ni. Tetap ada. Bukan salah negara. Salahnya sikap manusia.

Tak dinafikan, negara orang cantik-cantik. Bersih. Itu akui. More greener, fresh air. Tapi jauh di sudut hati, kita merindui keluarga yang berada nun jauh di sana. Jauh di sudut hati kita merindukan cuaca panas di Malaysia. Apabila cuaca sejuk, kulit kering dan gatal-gatal. Berat sungguh rasa nak mandi. Tak mandi, dalaman badan terasa panas. Bila mandi, ya tuhan sejuk nya rasa macam nak terpelanting semua benda. Kena rajin pakai moisturizer. Dah rasa leceh. Mula menghitung hari bila musim panas. Tapi apabila tiba musim panas, panasnya ya rabbi. Boleh terbakar hutan. Masa tu baru kita rasa, kehidupan di Malaysia dah elok sangat iklim nya. Balance sebagai manusia biasa.

Jangan terlampau taksub melihat indahnya luar negara. Kelak kita tak menghargai kehidupan kita di tanah air sendiri. Bagi aku, aku nak lalui. Aku nak rasa. Dari dulu lagi aku sentiasa ingin tahu bagaimana rasa kehidupan di luar negara. Aku nak juga capai dan rasai pengalaman sekali dalam seumur hidup. Buruk atau baik, aku nak kutip pengalaman itu.

Aku percaya, ada hikmah dari sebuah penghijrahan. Hijrah juga merupakan satu syariat.
Kalau korang memberontak untuk berhijrah, selami kembali niat. Kenapa korang nak berhijrah? Tanya balik, apa yang korang nak dari sebuah penghijrahan.

Dan yang penting sekali aku nak tekankan, setiap keputusan kita kena mohon petunjuk dari ilahi. Setiap perkara itu ada baik dan buruknya. Tak semestinya baik bagi orang lain adalah baik untuk kita. Tak semestinya buruk bagi orang lain adalah buruk pada kita.

Kita tidak tahu. Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi pada kita. Kita tak akan tahu kesan dan akibat pada masa akan datang. Siapa yang tahu? Allah Yang Maha Esa.

Mintalah petunjuk dari Allah Yang Maha Kuasa. Hanya dia yang lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi.

Masa mak aku pergi umrah dulu, aku selalu mintak mak doakan aku.

"Mak.. adakah betul baik untuk kami terus tinggal di sini... mak doa kan ya..."

"Mak.. betul ke apa yang kami buat ni... Mak doakan ya..."

Aku tercari-cari apakah nama yang sesuai untuk menggambarkan situasi aku masa tu. Susah nak describe. Aku tercari-cari doa yang sesuai.

Apabila aku berada di sini, setelah aku setup new life dekat sini, apabila segalanya menjadi rutin, aku tertanya-tanya, sampai bilakah kami akan tinggal di sini. Visa apakah yang perlu kami pegang selepas ini. Berapakah kos? Berbaloi ke? Berapa banyak simpanan setelah melabur pada kos visa? Apa hala tuju kami selepas ini?

Macam-macam persoalan aku fikir.

Berbanding kehidupan di zon selesa dulu. Bangun pagi, pergi kerja. Hantar anak ke rumah pengasuh. Pergi kerja, tak ada kerja. Cukup pukul 6ptg, balik. Ambil anak. Sampai rumah, masak, makan, tidur. Berulang sampai  lah bertahun. Takde benda nak fikir. Cukup bulan dapat gaji. Cukup masa pergi travel. Rasa down, pergi shopping. Disebabkan banyak masa senggang lah, aku luangkan masa mencari cara bagaimana nak berhijrah. Dan juga aku luangkan masa hunting tiket flight murah untuk pergi travel.

Now, aku tak nampak hala tuju. Apa akan jadi tahun depan? Apa akan jadi selepas tamat visa? Apa perlu dibuat sebelum visa tamat. Semuanya masih kelam. Semuanya masih kabur.

Suatu hari, rakan aku dari zaman UTHM dulu, berkongsi satu video. Aku luangkan masa untuk menonton video tu. Menitik air mataku. Situasi inilah yang aku maksudkan. Doa inilah yang aku tercari-cari selama ini.

Terlerai sudah kemelut kerunsingan aku. Inilah yang aku cari selama ini. Aku ulang banyak kali tengok video ni.



"Ya Allah, aku mohon kepadaMu kebaikan seluruhnya yang disegerakan (di dunia) mahupun yang ditangguhkan (di akhirat), yang ku ketahui mahupun yang tidak ku ketahui. Dan aku berlindung kepadaMu dari keburukan seluruhnya yang disegerakan (di dunia) mahupun yang ditangguhkan (di akhirat), yang ku ketahui mahupun yang tidak ku ketahui.
Ya Allah, aku meminta kepadaMu kebaikan yang diminta oleh hamba dan NabiMu (Muhammad saw) kepadaMu. Dan aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang hamba dan NabiMu berlindung kepadaMu darinya.
Ya Allah, aku meminta kepadaMu syurga dan apa saja yang mendekatkan kepadanya, baik ucapan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung kepadaMu dari neraka dan apa saja yang mendekatkan kepadanya, baik ucapan mahupun perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu agar menjadikan setiap ketetapan (takdir) yang engkau tetapkan untukku sebagai (takdir) kebaikan. "
(HR Ahmad, Ibnu Majah dan selainnya,
Disahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih al-Jami', no 1276).

Suka untuk aku kongsikan kepada anda semua. Jika ada impian untuk berhijrah, berdoalah. Mohon petunjuk dari Allah. Mohon kebaikkan dari setiap keputusan. Mohonlah pada Allah. Hanya dia yang lebih mengetahui. Jika korang bertanya pendapat sana sini dari orang-orang yang berpengalaman berhijrah ni, korang akan keliru. Korang akan buntu. Sebab apa? Sebab itulah... Tak semua baik bagi orang, adalah baik bagi kita. Tak semua orang melalui dan merasai situasi yang sama. Ada orang, senang dapat kerja. Ada orang, visa pun di sponsor. Ada orang, jodohnya orang dari luar negara.

Harap, korang faham mesej yang aku sampaikan.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...