Friday 1 March 2019

Beberapa bulan setelah berhijrah

Sebelum ni aku banyak cerita proses penghijrahan ke luar negara, kali ni aku nak cerita hakikat dan realiti apabila sudah berhijrah.

Apabila sudah tiba ke negara yang kita ingin menetap, sebulan pertama tu berkisar tentang setting up new life di tempat baru. Setup akaun bank, cari kerja, beli simkad, google place nearby, search kat mana groceries dan ayam daging halal, cari barang-barang kelengkapan rumah, mulakan sesi pembelajaran, semua tu lah. So, sebulan pertama tu berkisar setup new life, dan apa yang dilihat semuanya baru. Kita akan rasa teruja. Everything new, explore new thing, and all these thing totally different with our homecountry. Full of excitement senang cerita.

Rimbunan Jacaranda melatari bandar Sydney

Masuk bulan kedua, awal-awal tu selepas sattle setup semua, rasa nak pergi explore tempat-tempat menarik. Cantik-cantik dan rasa best. Teruja share kat kawan-kawan, keindahan bentuk muka bumi di luar negara. Tapi, apabila masuk ke bulan ketiga, dah mula sikit-sikit rasa hambar, unhappy. Mula teringat kehangatan Malaysia. Satu persatu kenangan di tanah air tercinta menerjah kotak minda  dan mengusik perasaan.

Bulan ketiga, kau dah mula rasa sakit yang amat. Sakit minda. Sakit otak. Perit rasanya. Kenangan di Malaysia, satu persatu membuai perasaan sehingga mengalirkan air mata. Mula mengenangkan zon selesa yang kita ada dulu. Betapa sayangnya kita lepaskan. Mula terasa hidup di luar negara ini sangat asing. Terasing dan tenggelam di dalam ribuan immigrant lain.

Dulu aku bekerja, punya pendapatan yang tetap. Mampu untuk travel ke sana sini. Mengejar impian. Boleh beli apa saja yang aku nak. Tapi kini, semua tu dah tak ku miliki. Aku kini hanya suri rumahtangga dan juga student. Kelas pun seminggu sekali. Punya banyak masa di rumah. Sehingga banyak masa memikirkan perkara-perkara yang tak perlu fikir sebenarnya.

Aku juga terlalu rush dan terlampau fikir banyak. Dan benda ni bukan disengajakan. Semua ni aku belajar dari kesilapan aku dulu di mana aku banyak buang masa dengan perkara yang sia-sia. Apabila aku dah sampai ke sini, aku tak nyempat nyempat nak kejar cita-cita untuk ke next step pulak. Aku mula explore next step visa untuk permanent residency. Bila dah tau caranya, aku pulak yang sendiri stress. Rasa tak mampu. Rasa macam diri ini tak layak nak capai semua tu. Susah sungguh rasanya nak capai next goal.

Pengalaman aku, aku lalui perasaan yang perit apabila bulan ketiga. Pada awalnya, aku layan. Rasa nak nangis, aku nangis. Rasa nak rindu, aku layan rasa rindu tu. Layan jer semua kenangan yang lalu lintas di fikiran aku. Aku bagi masa kat diri aku untuk layan sungguh-sungguh perasaan unhappy tu.

Sampai ke satu point, aku cuba pause sebentar. Aku lihat diri aku balik, tengok anak aku, tengok suami aku. I am seeking advice from kawan-kawan. Aku ambil dan kutip satu persatu kata-kata dan nasihat.

Kemudian, apa aku buat?

Aku mencari hikmah. Meneliti semula apa yang aku mahu. Bermunasabah. Aku kata kat diri aku :

  • Redha, terima hakikat yang sekarang bukan lagi isteri yang bekerja. Terima keadaan bahawa kini ialah suri rumahtangga.
  • Perbaiki diri, improve skill memasak, spend quality time with Wafiya. Didik Wafiya dengan baik. Selalu main dengan dia. Perbaiki dan improve layanan kat suami.
  • Cuba meneroka peluang yang ada semasa menjadi suri rumah. Bebas. Banyak masa dengan anak dan explore playground and beach together.
  • Slow down dan jangan paksa diri. Kalau ada rezki, ada lah. Kalau tak ada, balik ke Malaysia pun bukan lah teruk sangat. Masih ada kelulusan dan pengalaman untuk mencari pekerjaan baru.
  • Aku kena enjoy every moment dan peluang yang ada sekarang ini. Kalau aku sarat dengan rasa sedih, aku akan terlepas kebahagiaan di depan mata. Rugi.
  •  Aku list semula kos yang diperlukan untuk next visa. Ada dua option. Apply lagi student visa atau cuba next step Permanent Resident.
  • Set target tahun ni adalah tahun menimba ilmu. 

Setelah aku dirundung kesedihan, aku nilai semula. Kemudian, come out with new strategy. Sekarang lebih jelas. Tak kusut. Aku bersyukur, aku ambil masa tak lama. Aku juga bersyukur, kerana aku dikelilingi insan-insan positif yang tak jemu memberi sokongan moral dan nasihat.

Antara moment-moment apabila mendapat nafas baru. La Perouse.

Masuk bulan keempat, aku mula enjoy apa aku buat. Aku mula bangkit. Aku layan apa yang dapat aku nikmati sekarang ini. Sebelum ke kelas, suami bagi kebenaran kat aku pergi jalan sana sini ke tempat-tempat yang tak mampu ku pergi apabila bawa Wafiya. Adanya "me time" lah kiranya. Sebelum ke kelas, aku pergi ukur jalan. Aku ambil gambar banyak-banyak. Antara perkara yang aku suka dan buat aku happy.

Aku mula perbaiki sikap aku melayan Wafiya. Cuba study balik kenapa wafiya meragam, nangis-nangis. Aku cari bahan-bahan untuk dihabiskan waktu yang bermanfaat bersama Wafiya.

Aku pun dah book exam IELTS pada March ini. Pada awalnya, aku fikir nak balik jer selepas habis visa ni nanti. Kemudian aku rasa macam nak sambung student visa lagi. Tapi apabila suami pun bekerjasama untuk berbincang langkah seterusnya, kami mula ambil keputusan, macam ni lah, ambil jer dulu IELTS. Tengok nanti dapat berapa. Kalau lepas, proceed next step, apply assesment dengan Engineer Australia.. and so on. Maksudnya, selagi ada masa duduk di sini, gunakan kesempatan dan peluang untuk cuba. Jangan terus mengalah dan tunggu sehingga visa tamat. Cuba dahulu. Results yang dapat nanti, kita rangkakan langkah seterusnya pula.

Alhamdulillah, kini aku dah mula stabil dari segi emosi. Aku dah punya tujuan. Dah mula menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Aku teringat kawan aku, Nini  dia nasihat. Bila kita rasa susah, ada orang lain lagi susah. Apabila kita redha dengan kesusahan yang kita hadapi, InshaaAllah, nanti akan ada perkara yang baik-baik mula datang ke dalam hidup kita.


Cicular Quay, antara tempat yang aku dapat remind balik mengapa aku berhijrah.

Ternyata benar, apa yang Nini nasihatkan. Satu persatu perkara baik menerpa kehidupan kami di sini. Allah tu baik sangat dengan kita. Kita ni yang selalu lupa kepada Sang Pencipta. Bila kita senang, kita lupa dia. Bila kita susah, kita ego tak mahu berdoa. Apabila kita tersungkur, kita ingat Allah balik. Satu persatu perkara baik dia beri kat kita. Ujian tersebut semuanya Allah nak tarik kita kembali mengingatinya. Teguran dari Allah supaya kita tidak terus melupakannya.

Benar apa yang rakan traveller katakan. Semakin jauh kita pergi, semakin banyak kita belajar, semakin banyak perkara yang membawa kita mendekati tuhan, semakin sayangnya kita terhadap tanah air tercinta.

Ada rakan-rakan yang tak sangka apa yang telah aku lalui. Ingatkan semuanya baik-baik belaka. Memang aku hidangkan perkara yang baik-baik, gambar-gambar yang menarik. Itu semua sebenarnya adalah cara untuk aku overcome balik kesedihan aku dengan membuat perkara-perkara yang aku suka. Memang aku suka jalan ke sana ke sini, itu juga salah satu cara untuk aku lupakan memori dan kenangan di tanah air yang sehinggakan mengalir air mata. Bukanlah aku nak lupakan kenangan, aku cuma taknak terlalu terbawa-bawa hingga rasa sedih. Aku nak kenang disertai rasa gembira dengan apa yang aku ada sekarang. Bukan kenang dan menangis-nangis nak balik.

The University of Sydney

Berbalik kepada tujuan mengapa aku berhijrah?

Aku nak cari pengalaman baru, nak teroka dunia luar. Nak lalui perkara luar biasa dari perkara rutin di Malaysia. Aku ke sini bukan kerana bencikan tanah air tercinta. Aku juga bukan fanatik dan taksub terhadap politik. Aku cintakan tanah air ku, bukan pentadbiran. Rasa cinta tanah air tu apabila kau bangga negara kau ada banyak pokok kelapa. Haha.

Dalam pada itu, ada juga cabaran dan dugaan yang kami hadapi. Ada orang pinjam duit, tak reti nak bayar lah. Ada orang gila serang kita main bomoh lah, tak takut dosa memfitnah. Datangnya idea gila untuk apply protection visa lah. Macam-macam. Bila nilai balik, dugaan ni semua datangnya dari third party. Terpulang kat kita macam mana kita nak hadapi situasi tersebut. Inilah yang dikatakan cabaran dan dugaan di negara asing. Bila kita mereput kat kilang dan negara asal, takde sapa pun pandang. Kita melangkah keluar sikit, ada jer yang mengacau. Jadi, tangkis saja perkara-perkara negatif tersebut. Apa yang di depan mata lebih indah untuk dinikmati.

Suami aku, enjoy jer tinggal di sini. Taknak balik lagi katanya. Anak aku pun takde bising nak balik. Anak-anak kecil ni cepat adapt rupanya. Aku ni yang hati tisu. Walhal, aku yang nak berhijrah. Itulah yang aku katakan, menguji ketahanan diri. Latih supaya diri jadi berani. Tepis segala ketakutan. Berani keluar dari zon selesa. Bila keluar zon selesa, aku nangis pula. Haha. Tapi tu semua dah jadi pengalaman. Baru tau, macam mana rasa keluar dari zon selesa tu.

Soal keluarga tu, bukan tak rindu. Zaman makin canggih. Nak 24jam on video call pun takde masalah. Lagipun family aku, kedua-dua pihak boleh jer datang sini bila-bila masa. So, takde hal itu semua. Kalau korang duduk Johor, nak balik kampung kat Perlis pun belum tentu dua bulan sekali boleh balik, kan? so sama jer lah. Duduk Australia, setahun sekali balik Malaysia. Hehehe.

Kalau orang tanya,

best ke duduk sana?

Jawapan aku, ada best, ada tak best.

Nak balik terus ke Malaysia atau nak stay sana lagi?

Itu aku tak pasti, bergantung pada progress aku untuk memenuhi requirement dari pihak immigration seperti IELTS, Engineer Australia dan juga application cost yang tinggi. Aku cuba jer selagi mampu. Aku masih ada masa, dan aku taknak mengalah sebelum mencuba.

2 comments:

  1. Assalamualaikom dik, tersinggah blog ni ketika buat carian kos universiti untuk anak saya. Syabas kerana berani berhijrah. Saya faham sangat perasaan yang diluahkan tu. Saya sudah menetap 11 tahun di Dubai. Ada suka dan duka. Rindu kpd tanahair dan sanak saudara. Hati kena kuat dan ada matlamat hidup. All the best to you and family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... terima kasih sudi baca blog ni. . ya.. ada suka. ada duka. kini kami masih lagi melangkah dan terus melangkah. tak tahu lagi sampai bila.

      Delete

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...