Tuesday 20 March 2018

Air Asia launching new route to Jeju

Selepas kejayaan menjelajahi Western Australia secara roadtrip, aku pun cuba melebarkan sayap untuk ke negara Eropah. Dengar cerita Air Asia akan launching new route ke London. Aku pun follow berita Air Asia tak putus-putus.

Beberapa bulan lepas tu, aku tengok berita Air Asia tak jadi fly ke London. Kecewa la jugak aku pun. Baru nak berangan ke Europe guna tiket promo new launching ke London. Angan-anganku musnah. Kemudian aku dapat berita Air Asia akan launching new route ke Jeju.

Image result for Air Asia jeju new route
Air Asia kini menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeju 4 kali seminggu


Aku mula google, apa yang ada di Jeju. Pertama sekali apa yang aku mampu ucapkan ialah..

"Subhanallah... Cantik!"

Aku bukanlah peminat Kpop mahupun apa-apa yang berkaitan dengan Korea. Kalau korang ajak aku pergi Seoul ke memang aku tak mau. Tapi kalau free, aku nak ler. Disebabkan Jeju kaya dengan keindahan alam semulajadi, aku mula tertarik dengan Jeju. Setahu aku, KL - Seoul boleh dapat RM500++ return kalau harga promo. Aku set! Kalau KL - Jeju return RM400++ aku akan rembat.

Tiba masa tarikh booking dibuka. Rasa berdebor. Dapat ke aku dengan harga yang aku bajet tu?

Yeah, aku dapat tiket return KL - CJU sorang dengan harga RM425. Tidak termasuk luggage dan meal ya. Itu aku fikir kemudian.

Aku nak elakkan musim salji sebab aku tak tahan sejuk. Masa kat German dulu keras habis tangan. Jadi aku ambil musim bunga. Tapi travel period untuk promo ni cuma bermula dari November hingga March sahaja. Musim sakura, penghujung March agak mahal. Agak susah sikit nak pilih tarikh dan harga yang kena dengan bajet sebab penerbangan hanya 4 kali seminggu.

Terima kasih Air Asia kerana memperkenalkan Jeju kepada kami. Jadi kami akan berangkat ke Jeju pada 5 March 2018 hingga 12 March 2018. 8 hari 7 malam. Bajet agak tight sedikit sebab January aku travel ke Bangkok. March aku ke Jeju pula. Risau!. Tapi aku fikir, redah jer lah. Ada rezki, pasti sampai.

2 comments:

  1. hi, nak tnya stay di homestay dimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://stanzafelice.blogspot.com/2018/07/jeju-trip-airbnb.html
      Boleh rujuk post yang ini berkaitan Homestay.

      Delete

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...