Monday 26 March 2018

JEJU Trip : Day 1 : Arrival Jeju

Flight kami pada pukul 5.30 pagi pada 5 March 2018. Kami gerak dua kereta (abang ipar dan adikku) ke KLIA2. Gate untuk boarding ke Jeju sangat jauh. Kena dua kali pemeriksaan. Sampai last check point tu boleh pulak kena tunggu dibuka pada pukul 4 pagi. Risau tersangkut lama kat sini pula, nanti tak sempat masuk.

Lepas touch down, kami beratur untuk melepasi kastam dan immigration. Apabila selesai, kami menaiki shuttle di hadapan airport untuk ke AJ Car rental. Hujan turun renyai-renyai di kala ini. Bercakap pun berkepul asap keluar. Sejuk. Anakku degil tak nak pakai baju sejuk. Kami mula switch on Pocket wifi kami yang kami sewa di KLIA2 iaitu Travel Recommend.

Selepas turun shuttle, suamiku masuk ke pejabat AJ Car Rental untuk mendapatkan kunci kereta. Maklumat alamat penginapan juga perlu disediakan. Kemudian kami belajar menggunakan GPS dan cuba menikmati pengalaman baru memandu di sebelah kiri. Pada mulanya sangat kekok dan keliru. Selepas kena hon di roundabout dan bertenang, suami ku dapat menyesuaikan diri memandu di sebelah kiri. Tak susah sangat. Boleh.. InshaaAllah.

Menanti kunci kereta sewa


Kami menuju ke penginapan kami yang ditempah melalui Airbnb. Pada mulanya kami tak menjumpainya. Host Airbnb hanya memberi location menggunakan waze. Tiada nombor GPS diberi. Kami percaya hampir sampai, sedikit sahaja lagi. Tapi masih tidak berjumpa. Kami bertanya kepada ahjussi di satu kebun sayur. Walaupun terdapat perbezaan bahasa, ahjussi itu bersungguh ingin menunjukkan kepada kami lokasi tersebut. Dia menawarkan pertolongan kepada kami dengan membawa kami ke lokasi tersebut dan kami mengekorinya dari belakang.

Alhamdulillah. Kami sampai. Tapi masalah sedikit masa nak ambil kunci. Kami tak jumpa kaunter mana untuk mengambil kunci. Aku booking bilik aras bawah, tapi kami dapat di atas. Selepas berehat dan unpacking barang-barang, kami keluar ke Lotte Mart untuk membeli groceries.

Sesampai di groceries, kami tidak mempunyai coin untuk menggunakan troli. Kami dapatkan bantuan daripada pekerja di situ. Barang-barang groceries sangat mahal. Gerun kami melihatnya apabila convert kepada duit RM. Sebelum itu, kami sudah mengumpul dan mengasingkan duit untuk makan, entrance, petrol dan groceries untuk kegunaan ahli kumpulan kami.

Harga sebiji epal

Di kaunter bayaran


Kami membeli banana uyu, air mineral, telur, minyak, carrot, dan bekas makanan untuk dibungkus buat bekalan perjalanan. Kami pulang dan berehat sepuasnya. Pengalaman memandu di sebelah kiri kini alah bisa tegal biasa.


No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...