Wednesday, 18 September 2019

Drama Sweet Dreams : Ben Amir dan Mira Filzah : Qash Adam dan Puteri


Sweet Dreams
.
Mimpi yang menyatukan kau dan aku.
.
Qash Assyraf ❤️ Puteri Diyana

Ala ala gitu..

Ni gara-gara terpengaruh dengan drama Sweet Dreams. Nak tunggu cerita ni sanggup tidur lewat sebab time zone Malaysia dengan Sydney. 

Payung tu jenuh gak cari dekat kedai-kedai Korea kat Sydney ni. Bag tu memang ada dah, lama dah aku pakai. Family in law pun semua sporting. Mak mertua teman cari skirt mirapiljah. Kak ipar tolong ikat tudung kot belakang. Suami pun memang kebetulan berambut panjang sejak kami berhijrah ke sini, dia tak pernah potong rambut. Mahal katanya. $30 untuk potong rambut. Alamat tunggu musim panas, setahun sekali lah potong rambut. Selalu aku bising dia rambut panjang. Nak amik aura Ben Amir nyer pasal, aku izinkan.

Sempat lah shoot ala-ala Sweet Dreams sekejap. Tu pun Wafiya kacau gak mula-mula. Nak bergambar sama-sama. Tapi nasib baik kak ipar tarik dia ajak makan aiskrim. Terus aman damai seharian berjalan di Tulip Festival yang terletak di Commonwealth Park, Canberra.

Saturday, 7 September 2019

Best ke duduk luar negara?

Antara soalan yang orang suka tanya apabila memulakan perbualan.

Well.

Terpulang pada lifestyle individu.

Kalau jenis hidup sebatang kara, tiada apa-apa, bagai musafir hina mesti lah dia rasa tak de apa nak diratapi di Malaysia. Of course bagi dia hidup di luar negara lagi best. Tapi ade ke macam tu?

Ada best, ada yang tak best. Itu jawapan nya. Ibarat ada kiri dan kanan. Ada baik dan ada buruk. Mana ada 100 peratus tu menang kat rasa tinggal di luar negara itu best. Mustahil.

Ikut situasi dan apa yang kita hadap.

Sydney Opera House dari Sydney Harbour Bridge.

Best bila,

  • best bila membeli, terasa murah. Banyak benda dan barangan boleh dinikmati dengan hanya $50. Kalau tak suka barangan yang dibeli, boleh return.
  • best bila pergi travel dalam Australia terasa kos nya sangat rendah. Sewa kereta sehari $40 termasuk insuran. Petrol pun murah. Lebih kurang $1.40 seliter.
  • best bila dapat menikmati pengangkutan awam dengan efisyen dan murah.
  • best bila dapat pergi perpustakaan, pusat komuniti dan nikmati segala kemudahan yang ada.
  • best bila gaji dibayar mingguan. Tak sempat merasa kesempitan hujung bulan.

Tak best bila, 

  • Tak best bila sejuk, sejuk sangat. Bila panas, panas sangat. Bila cuaca sejuk sangat atau terlalu panas sehingga mencecah 40 darjah, rasa tak bebas untuk melakukan rutin harian.
  • Tak best bila bil elektrik mahal. Sebulan bil elektrik mencecah $280 takde tv, takde aircond.
  • Tak best bila apa-apa yang berlaku di Malaysia, tak dapat join. Seperti kenduri atau makan-makan dengan keluarga. Keluarga aku selalu buat makan-makan. Tu yang aku jeles tu.
  • Tak best bila tak dilimpahi makanan Malaysia. Makanan kat sini so boring.
  • Tak best bila kompleks membeli-belah tutup pukul 5 petang.

Sengaja aku bagi sama banyak poin, tak lah dikira mana lagi best atau tidak. Kesimpulannya, perasaan itu bergantung pada kau punya gaya hidup dan apa yang kau suka dalam hidup. Bahagia itu kita yang rasa. Kita yang cipta. Bukan apa yang kau ada. Gitu...

Sunday, 1 September 2019

Ragam Musim-musim di Sydney, Australia.

Secara rasminya, musim sejuk telah berakhir semalam. Hari ini adalah hari pertama musim bunga di Australia.

Di awal penghijrahan ku dahulu, kami sekeluarga tiba pada musim bunga. Bermaksud, lengkaplah pengalamanku tentang keempat-empat musim di rantauan.

Musim bunga di Sydney sangat terkenal dengan bunga Jacaranda. Selain Jacaranda, kita boleh berkunjung ke Tulip Festival di Canberra iaitu 3 jam memandu dari Sydney. Cherry Blossom pun boleh didapati di Auburn Botanical Garden. Pada bulan Oktober akan bermulanya Daylight Saving Time di mana jam diinjakkan 1 jam lewat bagi menyambut kedatangan musim panas.

Musim panas adalah musim yang di nanti-nanti kan. Pelbagai aktiviti diatur bagi memanfaatkan siang yang panjang dan suhu yang membenarkan pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Pada musim ini ramai yang berkunjung ke pantai tambahan pula Sydney mempunyai ratusan pantai yang sesuai untuk surfing, mandi-manda, berkhemah dan berkelah.

Pemandangan musim panas dan juga musim bunga

Musim luruh terkenal dengan warna-warna daun yang sangat cantik terutama sekali di kawasan luar bandar. Orang kata, musim luruh adalah "second spring". Untuk mendapat impak musim luruh yang lebih cantik, boleh berkunjung ke Breenhold Garden, Mt Wilson. Musim ini menamatkan siang yang panjang kerana berakhirnya Daylight Saving Time di mana jam diinjakkan satu jam awal.

Pemandangan di musim luruh. Dedaunan yang meranum.


Musim sejuk adalah musim di mana malamnya panjang. Aktiviti terhad kerana cuaca sejuk yang ekstrim dan siangnya pendek. Biasanya kami akan menuju ke Mt Perisher atau Thredbo untuk bermain salji. Tidak banyak aktiviti dapat dilakukan di musim sejuk melainkan bergiat dalam aktiviti hibernisasi. Kedai-kedai mula menjual pelbagai jenis heater dan pakaian yang sesuai bagi menampung kesejukan.

Pemandangan di musim sejuk apabila sunny. *sinar kehidupan*

Pemandangan di musim sejuk apabila cloudy. *kemurungan*

Semasa peralihan musim, biasanya hujan silih berganti dengan angin yang kencang. Hujan di sini "showering" dan sekejap-sekejap sahaja. Ditambah pula dengan angin yang kuat menyukarkan pejalan kaki dan pengayuh basikal. Hujan batu kerap berlaku di musim panas. Aku pernah merasai beberapa kali hujan batu di sini.

Setiap musim mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu. Di musim panas, siangnya panjang, kain jemuran cepat kering, tetapi makanan cepat basi. Di musim sejuk, makanan lambat basi, tetapi siangnya pendek dan kain di ampaian lambat kering. Musim yang aku rasa hebat tamparannya ialah musim sejuk. Lemas dan tak bebas untuk melakukan aktiviti harian seperti mandi, ambil wudu', menaip, memasak dan membasuh pinggan. Musim sejuk juga perbelanjaan agak tinggi kerana bil elektrik yang melambung gara-gara penggunaan heater. Digalakkan untuk mengambil Flu Shot untuk mengelak terkena selsema.

Begitulah pengalaman keempat-empat musim dan hari ini, kitaran itu berulang kembali. Moga aku lebih bertahan dan steady di musim sejuk akan datang. Orang bilang, seronoknya musim sejuk. Keseronokan itu cuma beberapa hari. Kalau berbulan, percayalah, hati akan memberontak.

Membilang hari,
Untuk bebas berlari.

Sekian laporan kaji cuaca,
Diyana Farhana Sahariman
Sydney, New South Wales.

Thursday, 22 August 2019

Preschool / Day Care and Vaccine in Sydney, Australia

Bila dah duduk luar negara ni, orang suka tanya,

"Wafiya dah sekolah ke?"

"Wafiya dah sekolah ke?"

Haih😪

It is not easy, dude! And it is expensive 😰
Tanya memang mudah. Aku yang dengar soalan ni gugup.


Memandangkan depan rumah ni ada satu bangunan day care sedang di bina dan setiap kali lalu, Wafiya berangan nak school kat sini, jadi aku pun menyiapkan apa yang patut.

First sekali, nak hantar anak ke sekolah atau day care, vaccine perlu lengkap.
"alah, nana. Kat Malaysia pun kena vaksin juga."


Ya. Kat Malaysia pun sekolah nak maklumat vaksin. Tapi sejauh mana penguatkuasaan terhadap anak-anak yang tidak di vaksin?
Aku percaya masih ramai lagi anak-anak yang masih boleh ke sekolah walaupun tidak vaksin dengan lengkap.

Aku bawa Wafiya jumpa doctor dan menyatakan hasrat untuk hantar Wafiya ke sekolah. Mujur aku memang bawa buku merah Wafiya sejak migrate dulu.
Doctor ambil salinan muka surat maklumat vaksin Wafiya di Malaysia. Ada beberapa vaksin tambahan yang aku ambil untuk Wafiya di klinik swasta dulu seperti Pneumococoal dan Varicella.
Pneumococoal ni sangat penting. Tak tau lah apa nasib Wafiya kalau dari dulu tak pernah ambil Pneumococoal. Rotarix untuk mencegah Rotavirus tak sempat ambil dan tak tahu pun pasal vaksin ni dulu.

Kemudian doctor panggil lagi sekali ke klinik semula dan membincangkan vaksin yang perlu Wafiya ambil bagi melengkapi syarat di bawah Health, New South Wales.
Wafiya tak cukup 3 lagi suntikan. Infanrix, Hepatitis B (dose ke 3) dan Nimenrix. Suntikan ni untuk mencegah diphteria, tetanus dan pertussis (whooping cough).

Boleh rujuk kat sini vaksin yang perlu di ambil mengikut Health New South Wales

Aku buat appointment untuk suntikan Infanrix dan Hep B . Dua liang dia dapat di bahu kiri dan kanan. Satu lagi vaksin dijadualkan lagi sebulan.
Nurse ada ajar cara dakap Wafiya, risau dia jerit sambil memberontak. Patah jarum nanti haru pulak kena pi hospital. Aku ni dah la takut jarum. Bawak pulak anak pegi cucuk. Aku yang nervous teruk.
Nangis jugak la dia satu kali lepas cucuk. Tapi bila nurse hulur lolipop, automatik senyap. Lap air mata meleleh. *senyum*

Dah selesai, masa nak bayar tu dalam hati aku fikir. Berapa pulak lah kena bayar untuk dua liang ni.
Yup... It's free, u know. 💁‍♀️ Lega.
Kena bayar $50 jer untuk consultation fee. Tapi selepas claim dengan Bupa Insurance, dapat balik $38. Memang ada kawan-kawan cakap, vaksin di sini free. Tapi selagi kita tak lalui, mana nak tau kan. Yeah, confirm. It is free. Vaksin kat sini semua free untuk anak-anak.

Dapat panggilan dari school Wafiya untuk datang ambil enrolment form dan set appointment for school tour. Tapi sekolah tak buka lagi. Sedang tunggu kelulusan. Sekolah baru kan. Actually bukan sekolah lah. Day care actually. Wafiya suka panggil school.

Application fee $100 (non - refundable)
Preschool minimum 2 days per week.
Satu hari $100.
Waktu preschool dari jam 7 pagi hingga 6 petang.
Bond $400 ( refundable after Wafiya leaving)

So now tengah fikir. Nak enrol atau tak.
$200 seminggu untuk hantar Wafiya pergi bersosial 😭
Pikir 2 kali mak mak pun.


Wafiya baru umur 4 tahun. Belum perlu ke sekolah lagi. Dia hanya boleh pergi day care. Since day care pun mahal, aku tak jadi hantar lah. But, even tak hantar Wafiya ke kinder atau day care, still banyak aktiviti yang Wafiya boleh join sekitar kediaman kami sebab kat sini banyak aktiviti untuk anak-anak. Sampai kan aku tak larat pulak nak kejar macam-macam aktiviti setiap hari untuk dia. Isnin ada art class, Selasa ada dancing class. Rabu free. Khamis ada storytelling. Jumaat ada playgroup.

Buat yang bertanya anak aku pergi ke sekolah ke tak, so ni jawapan dia. Belum lagi ke sekolah. Day care sini mahal ok. $100 per day.

Tuesday, 20 August 2019

Musim Sejuk di Sydney

Now nak cerita musim sejuk pulak. Rasanya musim sejuk banyak cerita dan luahan perasaan. Kenot go lah musim ni. So, musim sejuk bermula dari 1 June hingga 31 August. Merdeka! Merdeka! Eh.

Haritu musim panas aku libang libu kepanasan. Ingatkan musim sejuk boleh overcome lah. Rupanya, lagi terseksa musim sejuk dari musim panas. Suhu yang sedap tu bagi aku sampai hat 22 degree jer. Lebih dari tu aku kenot tahan dah. Kalau sejuk pun, tak boleh kurang 18 degree. Kurang dari tu, aku bagaikan badak berhibernasi dalam igloo. *merapu

Kat mana aku nak mula cerita ek musim sejuk ni. Aku rasa aku dah luah banyak kali kat instagram dan facebook.

Pemandangan musim sejuk di Belmore Park. Bangunan Central Station
Pertama sekali, musim sejuk adalah selepas musim luruh. Selepas disajikan musim luruh yang cantik, musim sejuk pula pengganti. Daun-daun maple kekuningan yang musim luruh sajikan tu kini tiada. Hanya tinggal pokok yang sepi, tiada daun di sisi. Tu sebab kalau pergi melancong pada musim sejuk, pemandangan macam suram. Pokok kering jer yang tinggal.

Hujung musim luruh dah start sejuk dah actually. Aku haritu bersahur dengan suhu 3 darjah. Kau rasa? Itupun kena panjatkan kesyukuran sebab tak bersahur pada suhu negatif. Tuhan jer yang tahu how struggle to survive sewaktu musim sejuk.

Orang Malaysia suka cakap, "bestnya sejuk... bestnya sejukk". I was like *getik dengornyer*. Kau tak tahu macam mana nak survive musim sejuk. Mau kau teroyak mintak balik kalau kau duduk berbulan-bulan kat sini di musim sejuk.

Kedai-kedai dah mula menjual kelengkapan musim sejuk

Jenis heater di kedai Target

Yang ni fan heater. Blow angin panas. Kering tekak rasanya bila pakai ni. Not healthy
Disebabkan hujung-hujung musim luruh dah start sejuk, kedai-kedai dah start jual heater, stokin, baju, blanket tebal-tebal dan segala keperluan untuk menampung kesejukan di musim sejuk. So, buat kami yang pertama kali menyambut musim sejuk di rantauan ni, agak perit juga untuk keluarkan kos kelengkapan musim sejuk. Terutama sekali heater dan blanket. Lain-lain macam stokin, sleepingwear semua tu memang lah murah. Tapi bila beli sorang sepasang dari atas sampai ke bawah, costly juga.

Yang ni hot water bag. Aku boil water dan bubuh dalam bag ni. Kemudian dakap-dakap. Nyamannn...

Quilt tambahan yang lebih tebal dan sesuai untuk musim sejuk. Makan modal lagi ni
Kos sara hidup di musim sejuk kian bertambah apabila bil elektrik meningkat naik gara-gara penggunaan heater. Basically rumah aku takde heater. Bila tiba musim sejuk baru aku beli heater. Itupun portable heater yang dijual di Kmart. Untuk menampung kepanasan dalam bilik tu cukup lah. Tapi tak applicable di ruang tamu yang luas. Heater tu biasanya aku pasang dalam satu jam jer. Masa siap-siap nak lena. Pakai timer. Tak berani pasang lama-lama. Perit nak bayar bil elektrik. Bilik Wafiya jer aku pasangkan heater satu jam dengan timer. Bilik aku memang takde heater lah. Jimat.

Ok. Itu soal kos.

Sekitar Central Station.
Life masa musim sejuk saat indah apabila berada dalam selimut. Tapi larat ke duduk dalam selimut jer tanpa buat apa-apa. Melainkan kau anak raja yang makanan semua di sua atas katil. Kita ni kena lah bangun juga untuk melakukan aktiviti harian. Nak masak, tangan sejuk pegang air di sinki. Nak mandi, takut air, menggigil teruk lepas mandi. Mandi air panas pun akan mengakibatkan kulit kering. Tak elok juga mandi air panas kerap-kerap. Tapi siapa sanggup mandi air sejuk? Nak ambil wudu', nak kencing? Semua tu kau akan fikir patplohlima kali bila nak buat.

Nak mandi dan memasak tu aku boleh tahan lagi. Tak lalu mandi, takyah mandi. Tak tahan sejuk nak masak, tak payah masak. Tapi soal nak kena siapkan assignment, kot mana pun aku kena gagahkan jugak menyiapkan assignment dengan kerahan otak diiringi tangan yang sejuk hingga kebas. Sesekali aku tekap tangan aku kat hot water yang aku botolkan dalam sarung. Sesungguhnya, sangat struggle untuk bangun menyiapkan assignment di malam hari. Jenis aku, aku me time di waktu malam. Siang hari, aku allocate masa untuk kerja-kerja rumah dan masa bersama Wafiya. Jadi, waktu malam waktu Wafiya tidur jer lah waktu yang aku ada.

Musim sejuk, waktu siang pendek. Waktu solat dekat-dekat. Nak jalan-jalan jadi tak syok. Sejuk satu hal. Satu lagi kena rancang betul-betul perjalanan. Tapi musim sejuk memang malas nak ke mana-mana. Dah sejuk. Kalau nampak matahari tu gembira rasa. Mesti melompat nak sun bathing. Tapi pukul 4 lebih dah gelap.

Klinik-klinik dah mula iklankan vaksin yang perlu diambil
Bila sejuk-sejuk ni akan terasa mandom jer. Nak buat apa pun terasa malas. Cuaca seolah-olah menggambarkan perasaan. Musim sejuk ni jugak selalu orang sakit-sakit. Terkena selsema. Lepas tu berjangkit. Banyak farmasi dan klinik mengeluarkan iklan-iklan kepentingan vaksin untuk mencegah terkena serangan selsema. Pada hujung musim luruh lagi aku dah terkena selsema. Selepas aku baik dari selsema, aku dan suami aku ambil vaksin di klinik. Aku akan ceritakan perihal klinikal, vaksin dan insuran di lain entri.

Ni aku guna bila lipat kain
Kalau basuh baju dan jemur di ampaian sah-sah lah lambat kering. Bila kering pun aku tak tau. Confuse. Sebab kain sejuk-sejuk. Selalu merungut. Ni kering ke? Ke, lembap lagi? Haih. Lagi satu cabaran ialah nak lipat kain. Dah lah kat Malaysia memang malas lipat kain. Kat sini tambah lagi dengan tengan yang sejuk dan geseran kat kain tu buat tangan rasa kasar dan macam ngilu. Eh, macam mana nak explain. Tapi meluat jugak lah nak melipat kain di musim sejuk.

Jalan nak ke kolej. Dalam Belmore Park
Apabila hujung musim sejuk, cuaca sekali lagi tak menentu. Windy. Hujan. Maklumlah. Nak beralih musim. Masuk ke musim yang seterusnya di mana musim bunga yang kedua ku.

Yang best di musim sejuk ialah satu. Makanan lambat basi. Tapi sekali kau perhangatkan makanan, cepat jer makanan tu sejuk. Kalau kau ulang banyak kali perhangatkan makanan, kau kena ingat, salah satu punca bil elektrik naik ialah cooking top. Haha. Jackpot!!

Bila aku compare dua-dua, musim panas dan sejuk, aku rasa musim sejuk lagi struggle. Yerlah. Kalau musim panas, boleh pi mandi. Kalau musim sejuk, kau nak lari mana? Sana sini sejuk. Nak bergerak dan buat rutin harian tak bebas. Baru faham kenapa orang suka kan sangat musim panas. Kesejukan yang kita alami ni lebih panjang dari rasa panas. Kan musim bunga dan musim luruh pun sejuk.

Masa musim sejuk ni lah baru aku faham kenapa orang pakai macam ni, macam tu. Tapi aku tak faham kenapa sesetegah orang pakai skirt di musim sejuk. Are you crazy?

Oklah. Nanti aku wrap up segala musim yang aku tempuh di rantauan. So, experiment aku lengkap segala musim yang ada. Aku dah rasa, di bumi Down Under.

Saturday, 3 August 2019

Perasaan apabila pulang sebentar ke Malaysia

Masa aku plan nak migrate dulu, aku tak plan pun bila aku akan pulang ke Malaysia. Bagi aku first year duduk Australia tu tak perlu kalut nak balik. Raya pun kat sini jer. Financial agak tough buat first year kat sini.

Tapi pada penghujung July itu hari, kami sekeluarga berkesempatan untuk pulang sebentar ke Malaysia. Terlalu awal bagi aku. Oleh kerana atas sebab-sebab tertentu, kami kena balik sebentar. Play as tourist gitu.

Salah satu sebab kenapa kami sekeluarga pulang ialah untuk menilai kembali satu bentuk kehidupan di Malaysia. Adakah kami perlu meneruskan untuk tinggal di Australia atau sebaliknya.

Kami pulang hanya 2 minggu. Memikirkan financial kami decide untuk hanya pulang 2 minggu. Kalau lagi lama, tak ber income lah kami. Di sini gaji dibayar setiap minggu. Rumah sewa pun perlu dibayar setiap minggu. Cash flow tak cantik kalau income takde tapi kena bayar sewa rumah setiap minggu.

Mahu saja kami sewakan penginapan kami untuk 2 minggu tu. Tapi atas kurang persediaan, kami tak sewakan.

Jadi, aku nak story sikit pasal perasaan aku bila balik ke Malaysia, dan apa yang kami lakukan sekembalinya ke sana.




Menjejaki langkah yang ditinggalkan

Bermula dari KLIA2, kami menjejakii semula langkah akhir yang kami tinggalkan. Perasaan tu macam mengutip semula langkah dan bekas yang kami tinggalkan suatu masa dahulu. Susah nak gambarkan oleh kata-kata. Satu perasaan yang susah untuk dizahirkan.

Nak selit sikit satu cerita, kami disambut oleh wajah masam pegawai imigresen di kaunter Malaysia. Senyum pun tidak. Bagi salam pun tak dijawab. Berbeza dengan di kaunter immigresen di Sydney. Kami di sapa dengan wajah ceria. "Hi, how are you?' itu paling koman. Siap wish safe journey lagi. Bila sampai di Malaysia, suami aku bebal. "bisu agaknya"

Kakak ipar ku mengambil kami di airport. Kami makan di Pappa Rich KLIA2. Aku order nasi lemak. Menyesal. Selain harga yang lebih mahal dari Australia, aku disajikan oleh timun basi. Sedih.

Itu baru 2 insiden dan masih dalam kawasan yang sama. Belum keluar lagi dari perkarangan airport.

Berkunjung ke rumah saudara mara

Sebelum kami migrate, kami tak sempat berkunjung ke seluruh rumah saudara mara. Jadi di kesempatan ini aku singgah ke rumah bapa saudara ku di Sg Besi dan singgah ke rumah paklang di Simpang Pulai. Dalam perjalanan kami dari KLIA2 hingga ke Perak, sambil tu kami menziarahi keluarga.

Hidangan yang sangat menyelerakan di rumah bapa saudaraku di Sg Besi. Sungguh aku rindukan hidangan tengah hari seperti itu. Paklang siap simpan kan durian buat kami. Merasa jugaklah suami aku durian hasil dari kebun paklang.

Seterusnya perjalanan kami diteruskan ke rumah aku. Ada juga kawan-kawan yang bertanya. Balik mana? Ya Rabbi. Aku ni kan dah berkahwin. Mestilah aku balik kedua-dua belah pihak. Buleh hang tanya aku balik mana? Haih. Takkan lah aku yang menetap di Sydney ni balik Perak semata. Suami aku pun ada ibu bapa juga untuk diziarahi. Kepulangan kami kali ni lebih banyak bermalam di belah Perak sebab ibu bapa mertua ku akan ikut kami pulang ke Sydney selama 3 bulan.

Tautan kasih Wafiya dan pengasuhnya

Sebelum kami bertolak sampai ke Kedah. Kami singgah ke Pulau Pinang untuk mempertemukan Wafiya dengan pengasuhnya. Jadi hiba pula saat tu. Rindu sungguh pengasuhnya terhadap Wafiya. Dan semestinya pengasuhnya terkejut dengan Wafiya yang kini berbahasa Inggeris. Impress!

Wafiya bagitau pengasuhnya, "Malaysia is too hot" . Terkejut semua. Haha.



Bertemu kawan-kawan

Apabila pulang ke Malaysia, ramai kawan-kawan roger nak jumpa. Aku rasa mungkin sampai satu tahap, aku akan pulang ke Malaysia diam-diam. Haha. Supaya masa digunakan lebih buat keluarga. Tapi itu hari aku umumkan satu semesta kepulangan kami sebab aku open order Personal Shopper.

Dan masa banyak dihabiskan atas jalanraya. Sampai letih rasa memandu. Suami aku bunyi jugaklah. bila hari yang boleh duduk diam di rumah. Aku siap prepare itinerary lagi untuk balik supaya masa 2 minggu itu digunakan sebaiknya. Tapi aku letih. Dah lah letih buat personal shopper tak hilang lagi. Balik Malaysia pun bertambah letih. Balik semula ke Sydney lagi lah letih.

Tapi sangat fun. Jumpa kawan-kawan. Bertukar-tukar cerita. Borak-borak sampai tak ingat dunia. Menjejaki kembali memori dan kenangan yang dah berlalu pergi.



Malaysia, syurga makanan

Bila dengar berita nak balik Malaysia, semua excited dan sedia untuk memasakkan untuk kami macam-macam menu. Mama aku masak macam-macam. Kuah durian, tapai, asam pedas, nasi lemak, asam keladi. Pergh.. hari-hari dapat makan menu favourite. Wafiya pulak tiba-tiba peminat tegar roti canai cicah kari. Tiap pagi atok belikan roti canai kat dia. Dia sorang makan sampai 2 keping. Haha.

Tak kurang juga ipar duai sanggup masak macam-macam untuk kami. Dapat merasa mee rebus daging banyak air tangan kak ipar di Banting. Satu penghargaan yang buat aku terharu. Moga murah rezki diorang dan moga ikatan kekeluargaan lebih erat.



Enjoy cuaca di Malaysia

Aku pulang ke Malaysia pada musim sejuk Itu satu bonus buat kami. Bosan dengan baju berlapis, akhirnya kami dapat juga menikmati hangat nya cuaca di Malaysia. Ini lah perkara yang paling buat aku happy. Letih sangat dengan cuaca sejuk di Australia. Seronok tengok anak aku berlemoih peluh macam balik dari berkebun. Seronok dapat pakai selapis.

Orang selalu cakap, bestnya dok Australia. Sejuk.

Sejuk tu kau boleh kata best bila datang melancong 5 hari. Kalau kau duduk 5 bulan kesejukan pasti kau sumpah seranah dan lari balik Malaysia. Huh.



Barangan di Malaysia mahal-mahal belaka.

Selalu aku tak amik port pun hal politik atau isu isu yang berlaku di Malaysia. Tapi bila aku turun padang membeli barangan, aku culture shock hanya dalam Econsave sahaja. Mak aku pun heran juga apa dibuat lama sungguh keluar. Mana taknya, aku spend 2 jam dalam Econsave. Aku merasakan barang-barang yang dijual sangat mahal.

Bila duduk di Sydney biasa keluarkan duit angka kecil-kecil. Balik Malaysia, harga barang semua angka besar-besar. Tu yang terasa sangat tu.



Tak banyak yang berubah

Apabila aku melangkah masuk ke taman perumahan mak ayah aku, suami aku tanya Wafiya mana rumah opah. Wafiya dah tak cam. Sebab rumah opahnya dah tambah di bahagian dapur.  Saat ketika melangkah masuk ke rumah mak ayah aku, keadaan masih sama. Bila aku masuk ke bilik, segala kotak yang aku tinggalkan masih sama.

Aku buka semula kotak-kotak tersebut. Terus memori setahun yang lalu saat aku kosongkan rumah aku di Penang bermain di minda. Saat aku memasukkan barang aku ke dalam kotak tersebut, kenangan itu bermain di kala aku membuka kotak itu semula. Aku mencari diri aku yang dulu. Sedikit sebanyak mengusik perasaan.

Kawasan Batu Kawan banyak berubah. Kawasan ni adalah kawasan yang aku tempuh hari-hari selama 7 tahun lebih. Aku pernah tinggal di Batu Kawan. Banyak yang telah berubah terutama sekali pembukaan Ikea. Dulu, jalan itu yang aku tempuh hari-hari untuk pergi kerja. Aku lah yang menyaksikan pembinaan Ikea. Tapi aku  bukan menjadi orang pertama yang menjengah ke Ikea Batu Kawan. Oleh kerana aku teringin meatball Ikea, aku singgah juga. Meatball di Ikea Sydney haram di makan.

Dalam hati sebenarnya berkobar nak ke kawasan perumahan kami dahulu. Risau juga hati luluh sayu. Maka, tak jadi lah kami meronda kawasan Bandar Perda. Lagipun, kesuntukan masa sangat.


Keputusan ingin terus menetap di Sydney

Apabila di nilai semula, kami buat keputusan untuk menetap lagi di Sydney. Untuk sampai bila tu aku tak pasti. Selagi masih bertiga, selagi masih muda, aku rasa aku akan teruskan juga untuk menetap di luar negara. Aku tak decide untuk tinggalkan tanah air terus. Tapi mungkin cukup untuk 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk pulangkan ke Malaysia semula memerlukan modal yang besar untuk memulakan hidup baru. Sekurang-kurangnya kereta perlu ada.

Kami perlu ada modal yang besar supaya modal penghijrahan kami dulu ke Sydney terbayar. Lagipun, masih belum puas untuk menjelajah satu bentuk kehidupan di luar sana. Masih banyak lagi yang ingin kami lakukan. Satu tahun masih belum cukup untuk darah muda seperti kami.

Terus belayar

Malaysia is your homecountry. Usah membenci. Dengan Malaysia, aku ada jiwa. Dengan Australia, aku ada cita-cita. Tidak sesekali aku membenci Malaysia di saat aku tinggalkan dan sehingga kini. Cuaca di Malaysia dah seelok-elok dengan fitrah kita sebagai manusia. Makanan di Malaysia semua tak nak kalah. Saudara-mara, kawan-kawan semua mengisi kekosongan. Jika di luar negara, kita akan rasa sunyi. Hanya di temani rakan-rakan sekali sekala.


Malaysia, aku akan pulang.
Suatu hari nanti.

Monday, 8 July 2019

Flu Shot! : Proses Klinikal di Australia dan insuran BUPA

Musim sejuk ni ramai yg terkena selsema. Tapi kami hujung autumn awal lagi dah kena. Ada rakan nasihatkan ambil flu shot. Tapi masa tu tak faham ape benda. Kenapa kena ambil vaccine pulak. Kenapa kena cucuk pulak? Tak cucuk tak boleh ke? Dah kena selsema bersilih ganti 3 beranak baru ada kesedaran. Sebaik sahaja kami baik dari selsema, terus pergi ambil vaksin sebab memikirkan lagi 2 bulan nak hadap winter, kena ambil juga vaksin.

Procedure clinical di sini berbeza dengan di Malaysia.

  1. Set appointments. Kat sini, semua kena buat appointment. Urusan bank, jumpa doctor kena buat appointment.
  2. Tiba hari yg dijanjikan, oleh kerana ini kali pertama, maka kami perlu daftar, isi borang maklumat diri.
    Klinik
    Farmasi
  3. Tiba giliran nama kami dipanggil. Doctor sambut mesra di luar pintu pejabat.
  4. Kami berbual dan beramah mesra. Doctor tanya asal mana, dah berapa lama duduk sini, apa tujuan jumpa doctor. 
  5. Doctor beri sedikit penerangan ringkas tentang flu vaccine. Kemudian, doctor sediakan prescription dan call pihak farmasi (kedai sebelah) melalui telefon tentang jenis vaksin yang ada disediakan oleh farmasi tersebut.
  6. Apabila prescription siap, kami bawa dokumen tersebut ke kedai farmasi yang terletak di sebelah klinik.
    Bawa prescription doctor ke kaunter farmasi.
  7. Tunggu pihak farmasi sediakan ubat untuk kami berdasarkan prescription yg disediakan oleh doctor.
  8. Apabila ubat telah siap berserta nama yg tertera. Kami cepat-cepat buat bayaran di kaunter farmasi dan bawa ke klinik semula kerana ubat tersebut baru sahaja keluar dari peti sejuk. Kos ubat ialah $19. 
    Pergi bayar pulak kat kaunter bayaran farmasi
  9. Kami masuk ke bilik rawatan. Doctor tadi datang semula dan semak vaksin yang kami ambil dan tunjuk tarikh expired yang tertera pada ubat kepada kami. 
  10. Selesai. Kami buat bayaran $50 untuk kos konsultasi doctor.

Setelah urusan klinikal selesai, aku terus menuju ke pejabat insuran BUPA untuk urusan claim. Kebetulan dekat antara klinik dan juga pejabat insuran. Aku tunjukkan resit bayaran klinik dan pihak BUPA minta akaun bank untuk duit claim dimasukkan. Kos jumpa doctor ialah $50, dapat claim $38. Kos ubat tak dapat claim sebab bawah $20. Tapi kalau vaksin untuk Wafiya, semua free. Apa-apa vaksin.


SELESAI.

Claim rawatan di BUPA insuran office.

Selang dua jam aku tengok duit claim dah masuk. Cepat sungguh. Mengagumkan🤩


Begitulah urusan klinikal di sini dan fungsi insuran. Sangkaan aku meleset. Aku ingatkan boleh claim kalau warded jer. Rupanya pergi klinik pun boleh claim. Dulu bawa Wafiya vaksin pneumococoal guna duit sendiri kalau di Malaysia. Pneumococoal vaksin dan apa-apa vaksin untuk anak-anak kat sini semua free.

Insuran di sini, wajib dimiliki. Kalau tak beli insuran, tak lengkap lah urusan visa. Dalam proses application visa dah diminta polisi insuran yang ada. OSHC (Oversea Student Health Care) aku pakai BUPA. Untuk kami 3 beranak dan setahun pengajian, kos insuran dalam $4000 . Kat sini kalau beli insuran, beli saja online atau call. Tertera quotation pada website. Pandai-pandai lah buat keputusan. Tiada agent dilantik untuk beri advise atau promote.


Aku teringat raya haritu kawan cerita, kat sini insuran kereta adalah pilihan tapi insuran injury pemandu tu wajib. Kita di Malaysia, roadtax kereta mati, insuran kereta wajib ada terlebih dahulu sedangkan diri kita sendiri belum tentu punya insuran kihkihkih 😁.Sayangnya kita pada kereta. 🥰 🚘


Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...