Wednesday 10 June 2020

Jalan - jalan Sydney : Long Jetty, New South Wales

Sahabat kami tak lama lagi akan pulang ke Malaysia for good. Kebetulan, kami dua family mempunyai seorang anak perempuan yang lebih kurang sama baya. Jadi, kami merancang a trip hala ke north from Sydney untuk mencipta kenangan bersama sebelum mereka pulang.

Yang paling teruja pastilah Wafiya bersama rakan baiknya, Medina.

Tak de perancangan beria-ia pun sebab kami memang tinggal di Australia. Trip kami santai dan mahu explore tempat-tempat yang bukan tourist spot. Takde tekanan atau paksaan untuk kejar masa. 

Long jetty


Kami book penginapan 1 malam di Cardiff. Bukan di UK yer. Ni Cardiff di New South Wales. Memang banyak nama from UK dibawa ke mari. Sejarah pembukaan Australia kan berkisar tentang Bristish colony sattle down dengan membawa convict ke sini. Begitulah sejarah Australia. Asal tanah ni ialah milik orang Aboriginal, orang asli bumi kangaroo. Tetapi didatangi oleh para banduan dari British.

Trip kami bermula awal pagi. Aku dan suami ke rumah Murni di Parramatta dan menaiki satu kereta untuk percutian kami. Minyak petrol murah. Penginapan pun tak mahal mana. Kami kong-kongsi dan bawa bekalan makanan serta sedikit bahan mentah untuk masak di dapur penginapan.

Sekali-sekala bercuti, memang seronok. Tambah pula ini adalah percutian pertama semasa Covid-19. Situasi Covid-19 di sini semakin reda.

Swan dari Parry's Jetty


Setibanya kami di kawasan Long Jetty, kami berhenti singgah ke tandas bersebelahan Long Jetty, iaitu Parry's Jetty. Sambil tengok-tengok kawasan, kami usha tempat untuk berkelah mengisi perut. Cuaca dan suasana sungguh nyaman. Ramai yang keluar beriadah berjalan bersama anjing, menaiki basikal, jogging dan berbbq. 

Selepas jalan-jalan di Parry's Jetty, barulah kami ke Long Jetty dan berhenti makan. Berkelah dengan pemandangan yang sangat menarik. 

Senang bawa diorang dua orang ni. Baik sangat. Really nice kids both of them


Isi perut anak-anak dulu barulah diorang tak macam-macam ragam jalan-jalan nanti. Selesai makan, kami kemas-kemas dan jalan hingga ke hujung Long Jetty.

Tengoklah pemandangan tu. Menarik kan? Australia memang banyak picnic spot. Bagi yang kami memilih untuk makan makanan halal, ada bagusnya picnic spot macam ni dan menjimatkan belanja tak perlu makan di kedai. 

Sejarah tentang Long Jetty

Kemudian kami gerak ke kawasan sekitar The Entrance. Kami kan berjalan santai. 




No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...