Wednesday, 10 June 2020

Jalan - jalan Sydney : The Entrance, New South Wales

Perjalanan kami dari Long Jetty diteruskan sehingga kami nampak ada satu kawasan pantai yang cantik pemandangan sesuai untuk lepak-lepak.

Berjalan tanpa itinerary, kami berhenti jer kat mana-mana kami nak berhenti.

Takde kekangan masa. Dah kami tinggal di sini. Seronok rasa. Terlepas pun tak pe. Lain hari boleh datang lagi.

Kami lalu atas jambatan tu la yang boleh nampak belah sini cantik untuk tengok-tengok


Kami berhenti di The Entrance Beach.

Yang aku tau, kawasan ni ada tempat untuk feeding pelican. Tapi disebabkan Covid-19, nak elak crowd, tiada lagi aktiviti tersebut. Memang banyak nampak pelican kawasan ni.


Boleh feeding pelican di sana nun


Kami lepak tak lama pun. Sekadar ambil angin dan tengok-tengok kawasan. At least dah sampai dan tahu tempat.

Kemudian kami teruskan perjalanan menghala ke atas New South Wales.


Di sini, nak memancing perlu ada permit



No comments:

Post a Comment

Tahun ke 7 Berhijrah ke Luar Negara

Terlalu banyak cerita nak diceritakan. Tak tahu nak mula di mana. Banyak dugaan dan cabaran. Banyak juga nikmat yang Allah berikan. Saya man...