Monday 3 June 2019

Bazar Ramadhan di Sydney : Ramadan Night at Lakemba

Antara perkara yang best di bulan Ramadhan ni ialah bazar ramadhan. Di Malaysia, petang-petang mesti kita seronok menjamu mata di bazar Ramadhan. Best kan?

Aku fikir aku akan terlepas bazar ramadan. Rupanya kat Sydney pun ada jer bazar Ramadhan. Mengejutkan, bazar Ramadhan tidak diadakan di waktu petang sebelum buka puasa. Tetapi ianya diadakan selepas berbuka puasa.

Bazar Ramadan yang aku pergi kat sini ialah di Lakemba. Cuaca yang sejuk membuatkan aku sentiasa terfikir-fikir bila masa yang sesuai untuk aku pergi bersama Wafiya. Beberapa hari sebelum 1 Syawal barulah kami berjaya ke Bazar Ramadan di Lakemba tersebut. Itupun suami aku berkelapangan untuk menemani kami. Sejuk dan gelap seawal jam 5 petang.

Pada mulanya aku fikir bazar ramadan sini biasa-biasa jer. Tak sangka pulak aku sambutan yang sangat memberangsangkan. Bukan sahaja umat Islam meraikan. malah pelbagai bangsa dan agama turut turun padang.

Suasana bazar Ramdhan di Lakemba
Of course Bazar Ramadhan sini takde apam balik, kuewtiaw goreng, nasi lemak. Tapi ada sesuatu yang menarik di sini iaitu kepelbagaian makanan tradisi orang Arab dan Turki. Aku dapat melihat dan belajar mengenai makanan tradisi diorang di sini.

Bazar Ramadhan ini agak besar dan panjang. Diadakan di sepanjang baris kedai di pekan Lakemba. Kami pergi menaiki train. Gerai-gerai jualan mereka adalah di sepanjang pejalan kaki di barisan kedai-kedai. Tiada khemah-khemah seperti di Malaysia. Biasalah kalau banyak gerai jualan dan ramai orang, pasti keadaan jalan raya begitu sesak.

Kedai-kedai tu pun masih dibuka. Biasanya tutup awal juga.
Antara menu yang kami cuba di sini ialah burger daging unta. Bila tengok orang ramai beratur panjang, pasti sedap. Kebetulan kami terjumpa kawan kami yang sedang beratur. Apa lagi, minta tolong kawan lah belikan. Hehe.

Sedap juga burger daging unta tu. Kalau tau, mesti nak beli dua.
Selain makanan terdapat juga gerai jualan pakaian. Takde lah baju melayu atau baju kurung. Diorang jual pakaian tradisi orang arab seperti jubah. Material boleh tahan. Tahan sejuk. Hehe.

Aku juga dapat lihat keunikan "coffee on the sand". Minuman tradisi Turki. Didapati ramai orang mencuba Kenafeh, manisan berkeju orang Turki.

Pembikinan coffee on the sand
Cofee on the sand dan Kenafeh
Ada satu perkara yang aku kagum bagaiman sikap toleransi orang di sini. Aku dapati ada dua khemah di pasang di perkarangan gereja. Khemah tersebut menyediakan teh secara percuma dan sedikit jamuan makanan untuk pengunjung yang ingin mengetahui ajaran agama Islam. Sambil minum teh, beberapa orang cuba untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang ajaran Islam.

Khemah dipasang di perkarangan gereja

Sembang santai menyampaikan ajaran Islam
Keadaan yang sesak dan ramai orang membuatkan kami berjalan hanya separuh. Ada yang lepak-lepak di tepi jalan berbual dengan rakan, makan-makanan yang diorang beli on the spot kat situ jugak. Hehe. Kalau kita beli makanan kat bazar mesti kita bawak balik baru makan kan. Tapi kat sini, time-time tu jugak diorang nak makan. Gerai-gerai yang laris tu orang ramai pasti beratur panjang.

Bazar Ramadhan ini diadakan di sepanjang bulan Ramadhan dari selepas waktu berbuka hinggalah ke tengah malam dan mungkin sampai ke pukul 3 pagi. Tapi aku hanya berpeluang hanya sekali ke sini. Keadaan cuaca yang agak sejuk dan memikirkan kalau aku pergi, aku kena berjalan kaki dari rumah ke train station berdua dengan Wafiya dalam gelap malam mematikan hasrat aku untuk pergi banyak kali.

Diharap aku dapat eksplore lebih lagi di tahun hadapan. Jom tengok video yang aku rakam suasana bazar Ramdhan di Lakemba.


No comments:

Post a Comment

Pengalaman Cari Kerja di Australia

Selama aku menetap di Australia, aku tak pernah bekerja. Wafiya berusia 3 tahun lebih sewaktu kami mula menjejakkan kaki ke Sydney. Jadi, ak...