Monday, 18 August 2025

Kawan yang Ramai juga Satu Bentuk Rezeki

Aku selalu terjumpa di reel yang ramai orang susah nak dapat kawan when they live abroad. Tapi itu tidak terjadi pada aku.

Awal-awal sampai, aku dah ada kawan. Beberapa minggu berikutnya dah attend birthday party. 

Bila aku suka-suka menulis, ada orang baca and share, di situ pun aku dapat tambah kawan.

Orang jumpa blog ni pun, aku dapat tambah kawan.

Orang jumpa reel aku, pun dapat tambah kawan.

Blog, fb, ig, tt, linkedin pun ada ya. Dapat juga tambah kawan.

Masa mula-mula aku sampai sini, belajar hanya kolej di tepian jalan. Masa tu orang Malaysia pun belum celik lagi cara nak berhijrah dengan betul. Bila orang buat carian, jumpa blog aku. Kami dapat berkawan.

Bila aku selalu kongsi bagaimana kehidupan di sini, bertambah lagi kenalan aku di mana diorang ni dapat tawaran kerja di Australia dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kehidupan di sini. Tambah lagi kawan.

Sampaikan ada yang ingin tahu cara bagaimana nak dapat PR Australia, aku ajar remotely dari sini, diorang buat, dapat PR, and yes, bertambah lagi.

Bila aku sambung belajar master, aku tulis kisah-kisah sambung master di UNSW, yes, bertambah lagi kawan.

Seronok. Memang seronok. Jumpa orang baru. Berkenalan dan bersahabat. Setiap kawan yang aku ada di sini juga di Malaysia, semuanya ada kisah yang unik. Amazing rahsia tuhan, cara aku berkenalan dengan seorang kawan.

Lama-kelamaan aku belajar kenal the value of sebuah friendship. Lama-lama aku kenal mana satu yang menghargai kita. Mana yang buat kita as kaunter pertanyaan tapi lepas tu lesap. Hilang. Lama-lama aku dapat noticed mana yang create noise. Lama-lama aku dapat identify mana yang sampah, mana yang bantu kita, mana yang respect kita, mana yang memahami, mana yang encourage, dan juga mana satu yang down kan kita. Tak lupa juga kawan yang buat kita hilang focus to achieve our goal.

Ada yang suka compare antara aku dan mereka. "Nana banyak kawan. Kami ni tak ramai kawan. Tak suka. Rimas". Aku down juga bila people sounds like that. Jangan compare life aku dan kalian. Jangan jadi joykiller. Hidup aku, cara aku, goal aku tak sama dengan kalian.

Setiap sesuatu ada pros n cons dia.

Aku tulis blog. Yes, ada yang hargai, ikut dan inspire cara aku. Ada juga yang just ignored me after they bertenggek kat blog aku. Tapi apa aku buat? Aku tetap terus menulis dan berkongsi benda yang aku rasa bermanfaat untuk orang tahu.Sebab aku suka menulis. Aku suka buat catatan life aku. Kalau tak untuk orang, ianya untuk aku.

Aku ada ramai kawan di seluruh Australia. Yes, some of them create noise yang merimaskan aku dan keep me down. Tapi, at the same time, ramai yang membawa rezeki, kongsi rezeki dengan kami, dan jadi pengganti keluarga yang jauh. 

Kalau korang tak ramai kawan, dont drag me untuk tidak ada kawan juga. Let me be free untuk berkawan dengan sesiapa. Dont hold me. Im not belong to anyone.

Kalau ramai kawan, dont drag me juga. Annoying tau ramai-ramai sangat. I have family too. Lebih baik fikir anak-anak daripada melepak ramai-ramai lama-lama tiada kesudahan.

and sometimes, funny tau. Banyak kali i keluar di Sydney ni, ada orang tegur. "Nana....! I follow u kt instagram.."

"ni Diyana ke? yang tulis blog tu?"

Woah dah macam influencer pula. Pegi mana-mana orang kenal. Fuh!Wonderful!

Aku bukan kejar glamor. Tapi aku rasa ada manisnya juga bila orang sudi tegur kita macam dah lama kenal. It makes me happy.

Baru-baru ni aku pergi Malaysian Groceries Punchbowl. Ada orang tegur aku happily! Aku sambut dan bersalaman. Time tu jugak aku scroll mana satu mesej dia di inbox. Yes! we did chat in ig. Aku tak sangka kami boleh terjumpa kat kedai. Turn out, she belanja me macam-macam food and bawak balik untuk anak-anak.

Happy tears!

Kawan juga datang memberi rezeki. Aku terharu. Berterima kasih. Hidup rasa bererti. Manisnya terasa.

With or without, aku tetap bersyukur with who i am now. Aku bersyukur atas apa yang telah ditetapkan untukku.

Yang mana takde kawan, meh kawan dengan aku. Yang mana taknak kawan, its ok. Nothing to lose. I respect. 

I berterima kasih kerana u all sudi baca my blog yang ketinggalan zaman ni.

No comments:

Post a Comment

Kawan yang Ramai juga Satu Bentuk Rezeki

Aku selalu terjumpa di reel yang ramai orang susah nak dapat kawan when they live abroad. Tapi itu tidak terjadi pada aku. Awal-awal sampai,...