Thursday, 24 May 2018

JEJU Trip : Day 4 : Jusangjeolli Cliff, Yeongmeori Coast, dan Yellow Cafe

Pagi tu tak macam hari sebelumnya sebab hari tersebut kami bergerak awal, kalau tak pukul 10pg baru nak gerak keluar. Kami gerak selesa selesa jer sebab kami ada 8 hari di Jeju. Oh yeah!

Jadi, pagi ni kami gerak awal sebab petang dijangka akan hujan, tengah hari dijangka akan mendung seketika. Kami menuju ke Jusangjeolli Cliff.

Ini gambar aku tangkap sendiri ok bukan google
Sebenarnya masa sampai tu kami semua takut nak turun kereta sebab sejuk. Angin kuat. Jadi, kami ke tandas dulu. Sape nak pergi tandas, turun dulu, aku turun kemudian sebab nak meregek bagai baju sejuk, stokin, gloves.

Masa aku tengah meregek kat bonet kereta, ada kereta sebelah orang korea tu dia berkenan benor dengan tudung aku. Dia kelebek tudung aku dan cakap Korea yang sepatah haram aku tak paham. Cakap depan depan pulak tu. Nasib baik mulut tak berbau. Terkedu aku diperlakukan sedemikian. Aku pakai Bokitta masa tu dengan corak buah naga design Istabrak. Hot design gitu. Tak mustahil lah dia kena kagum sebab nak dapatkan design ni, aku kena bertarung di medan perang.

Jadi, lepas ahli kumpulan ku selesai melawat tandas, kami pun nak pergi lah tengok Jusangjeolli Cliff ni tapi tak tahu mana pintu masuk nya. Oleh itu, kami merayap dulu kat kawasan sekitar ni.

Sini ramai jer yang offer tangkapkan gambar
Ahjumma suruh cakap Kimchi
Bokitta Istabrak yang ahjumma tu dok kelebek
Ahli jemaah ke tandas
Takde apa sangat area ni. Kami taknak buang masa lebih lagi, jadi kami cari jugak pintu nak ke Jusangjeolli Cliff. Rupanya kena beli tiket dulu. Ada tiket kaunter dia. Bayaran dikenakan sebanyak ... Oh aku lupa berapa... 1500KRW kot. Selalu harga macam ni jer entrance fee. Kecuali Jeju Folk Village. Mahai yakmat.

Kami kena menapak sikit untuk ke cliff ni. Ada tangga jugak untuk ke deck view. Subahanallah. Cantik sungguh ciptaan tuhan. Terima kasih Air Asia kerana buat penerbangan ke Jeju, kalau tak, memang tak sampai lah aku ke Korea ni sebab tak minat K-pop.

Petak-petak tu bukan ukiran manusia yer. Ianya semulajadi
Sambil tengok pemandangan tu hati-hati tengok tangga
Cantik sungguh Pulau Jeju
Meninggalkan cliff yang cantik
Kemudian masing-masing masuk dalam kereta. Kuncup segala rasa sebab dari sejuk tukar panas pulak. Kami ke tandas dulu sebelum balik. Masa nak keluar dari parking tu rupanya ada cas parking. KRW1k rasanya. Kemudian kami ke Yeongmeori Coast. Nampak macam nak mendung. Aku jadi cuak sebab Yeongmeori Coast ni dibuka memang bergantung keadaan cuaca.

ada canola flower
Masa sampai ni pun kami blur2 tak tau pintu masuk. Angin kuat. Sejuk. Turun kereta pun malas. Kereta kami sampai goyang-goyang ditiup angin. Dah turun tu kami berlari-lari ke sana sini mana tah pintu masuk nya. Sudahnya kami berlindung di bus stop sebab tak tahan sejuk. Berbungkus segala kain pun tetap tak dapat lawan sejuk ni. Kami teruskan jugak demi Yeongmeori Coast. Elok sampai, memang tutup. Cuaca tak mengizinkan. Bila air pasang memang akan tutup. Air surut jer dia buka sebab kita nak berjalan sampai ke tebing dan tembok laut tu kan.

memang tutup lah citer dier
Terdapat satu kapal di area Yeongmeori Coast ni. Jadi, kami habiskan masa di situ. Boleh masuk ke dalam kapal tu rupanya. Aku masuk dan rasa seram sebab gelap. Ada pameran dan gallery.

macam dalam citer dongeng
jom naik ke atas ship  ni
trek ke Yeongmeori Coast
sekitar kawasan
atas kapal
segak segak mama mama aku ni
Masa nak balik tu cepat-cepat kami atur langkah. Sejuk woi. Tak tahan. Kecewa sikit sebab tak dapat masuk Yeongmeori Coast. Teringin nak pegang tembok dinding tu sebenarnya. Ligat kepala aku berfikir bila pulak nak datang balik ke Yeongmeori Coast ni. Menapak balik tu adalah beberapa kedai kopi kat sini. Comel-comel. Ada kedai tu pasang lagu kuat gila. Macam happening pulak jadi nya kat situ.

coffee shop
masa menapak balik ternampak ni tepi kedai. Minum air kelapa ke deme ni
Tiada cas bayaran parking dikenakan. Tandas kat sini ada lagu. Semua tandas kat Jeju ni memang best lah citer dier. So, lepas tu kami tak tau nak ke mana. Kalau ikut arah, dah dekat dengan Yellow Cafe. Aku pun terlelap dalam kereta sebab matahari dah muncul, silau mataku. Last-last kuyu dan terlelap. Sedar-sedar ape Play K-pop pulak perginya. Rupanya semua dekat-dekat. Play K-pop, Yello Cafe, Ripleys Believe it or Not, Teddy Bear Museum, semua dekat. Korang boleh jalan kaki jer dan letak kereta di satu tempat.

Haa kiri tu Ripleys Believe it or Not
Tak minat. Depan Yellow Cafe jer
Ripleys Believe it or Not
Kami mengopi kat Yellow Cafe. Disebabkan aku terlelap. Maka aku orang paling lambat turun sebab meregek dalam kereta. Lastnya aku turun pakai selipar jer.

minum petang
suasana dalam cafe
Cadang nak beli buat kenangan. Tapi tak beli pun
Lepas tu dah tak tau nak ke mana. Kami pun balik rumah. Rehat santai. Macam tu lah kami jalan - jalan di Jeju ni. Memang target dan tema kali ni taknak bergerak pantas atau kejar masa. Santai sahaja.

Sunday, 20 May 2018

JEJU Trip : Day 3 : Sinchang Windmill, Suwolbong Peak, Jeju Osulloc Tea Museum, dan Innisfree Jeju House

Pagi tu mendung seperti yang diramalkan pada malam sebelumnya. Jadi, aku buat keputusan untuk berjalan ke arah barat Jeju. Kami mulakan perjalanan ke Sinchang Windmill. Perjalanan nak ke Sinchang Windmill sangat menarik. Semua tertumpu di sebelah kanan jalan. Laut dan wind turbine ada di merata-rata.

Permulaan kami pada hari tersebut

Di dalam perjalanan ke Sinchang Windmill
Kami park kereta di tepi jalan. Tiada ruang parking khas sebenarnya. Sebaik sampai, apabila turun dari kereta, Ya Allah sejuknya tak terkata. Suhu sejuk dengan angin laut yang kuat. Memang lah angin kuat, tu sebab ada wind turbine. Langit gloomy jer. Pencahayaan kurang menarik untuk bergambar sebenarnya. Bagi aku, ok jer sebab takkanlah nak duduk di rumah jer kan.

Sampai!

Sinchang Windmill adalah wind turbine farm yang terletak di Sinchang Coastal road. Lokasi ni sebenarnya kurang popular tapi aku highly recommend untuk korang datang sini sebab pemandangan nak sampai ke sini yang aku rasa cukup lumayan. Macam gabungan antara teknologi dan alam semulajadi gitu.

Kami cuma merentasi jambatan tu jer. Tak larat nak menapak dah sebab terlalu sejuk. Kami mengambil gambar dan cuba menikmati pemandangan laut dan wind turbine. Bunyi wind turbine tu berpusing sebenarnya agak kuat dan bising jugak. Sangat mengagumkan Korea punya teknologi heading towards energy independant and carbon-free future.


deretan wind turbine

Pemandangan ketika berdiri di atas jambatan tersebut. Fish sculpture Dageumbari di tengah lautan.
Laluan ke Lighthouse setelah melalui jambatan

Fish sculpture yang kat tengah-tengah tu adalah sejenis ikan bernama Dageumbari, merupakan ikan termahal di Jeju. Difahamkan berharga KRW200k per kg!
Di penghujung jambatan, ada satu lighthouse. Kat sini merupakan tempat lokasi penggambaran drama "Warm and Cossy" episod 8 di mana pelakon Kang Sora dan Yoo Yeonseok berpelukan. Auww!

di atas jambatan
 Lepas tu, kami menapak patah balik dan masuk ke kereta. Sejuk.Macam biasa, bila sampai satu tempat tu kami akan cari tandas dulu. Banyak kemudahan tandas di Jeju ni dan semuanya bersih dan memuaskan. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Suwolbong Peak. Sekali lagi kami dihidangkan dengan keindahan Jeju. Ya. Jeju sangat cantik. Aku recommend korang kena try jalan ke sini.

Pemandangan sepanjang ke Suwolbong Peak
Ada gereja di jalan yang berliku
Di sepanjang perjalanan ke Suwolbong Peak, kami nampak kiri dan kanan jalan ada kebun sayur-sayuran. Aku rasa kami jalan-jalan di kawasan kampung petani. Aku teringat scene Autumn in My Heart. Kampung budak dua orang tu.

Singgah jer mana mana yang kami rasa nak berhenti
Allah.. sedapnya kalau buat steamboat
Masa turun kereta ni kami ada bau bawang! Kami tercari-cari ada bawang ke kat sini. Tapi tak nampak pun. Kami cuba tanya pada petani, tapi takde sape pandai cakap bahasa inggeris. Ada satu sayur ni kami tak tau nama apa.

terbau bawang
sape tau ni sayur ape
persoalan yang tak terjawab kerana perbezaan bahasa
amende tulis ni
Aku suka suasana sini
Kecur air liur teringat steamboat
Tak berapa pasti jalan nak masuk ke Suwolbong Peak ni. Kami ulang alik ke sana ke mari. Nampak macam ada kereta banyak sikit masuk ke satu lorong tu kemudian kami ikut. Mungkin ini Suwolbong Peak.

Kat sini takda apa sangat. Kami habiskan masa melihat pemandangan dan ambil gambar jer. Ada sejarah dan maklumat berkenaan dengan Suwolbong Peak kat sini.

Kami naik atas tu
ambil gambar pemandangan
semua tempat kami pergi mesti ada tandas yang bersih
Bagaimana Suwolbong Peak terbentuk
Menarik kisah dongeng mereka

Kami masih mempunyai banyak masa lagi. Aku pun tak pasti nak ke mana. Aku cuba fikir tempat yang boleh pergi dengan satu arah ni. Cuba mencari pengisian untuk hari ini. So, aku decide kami pergi ke Jeju Osulloc Tea dan Jeju Innisfree House memandangkan seperti yang diramalkan hujan akan turun.

Osulloc Tea House dengan Jeju Innisfree ni sebelah jer
Memang elok sampai di Innisfree House, hujan turun lebat. Elok aktiviti indoor jer. Aku plan itinerary based on cuaca, suhu, hujan atau tak? Cloudy or sunny? Pukul berapa akan turun hujan. Aku susun itinerary serapi mungkin yang bersesuaian dengan anak dan mama mamaku.

Mula-mula aku confuse jugak. Aku nampak kereta banyak, parking sampai jalan raya. Hujan pulak lebat. Confuse kat mana Innisfree Jeju House. Rupanya bangunan dia sebelah menyebelah jer Jeju Osulloc Tea dengan Innisfree House ni. Kalau hari tak hujan, dapatlah tengok ladang teh. Hujan ni kami duduk dalam cafe jer lah. Ada pokok-pokok untuk cross ke bangunan sebelah.

Kami banyak cuci mata jer di Osulloc Tea House ni. Nak beli, harga mahal sangat. Minum tester jer lah. Aku belikan untuk Alan green tea paste ni sebab dia kirim.

Alan kirim

Kami pergi Innisfree Jeju House pulak. Kat sini viral Brocoli soup. Rasanya enak! Produk Innisfree kat sini sebenarnya mahal jugak. Rasanya Innisfree outlet yang lain lagi murah. Cuma kat sini ada lah aktiviti sikit. Main cop stamping dan buat sabun sendiri. Aku tak pernah beli produk Innisfree. Jadi aku beli lah handcream untuk kenangan. Kami cuci mata tengok apa yang ada di sini.

Kalau korang tak tau beli yang mana, aku suggest 05 May. Wangi letop
Semua nampak sedap
Hasil pilihan kami
In cart!

Rindu suasana ni. Sejuk.
Hujan masih lebat, kami terus balik ke rumah penginapan kami. Lebat sangat dan sejuk. Kami balik dan berehat. Masak dan makan. Aku macam biasa, merangka perjalanan untuk esok dan review balik aktiviti pada hari ini. Pada hari pertama lagi kami dah ingkar pada itinerary, jadi aku kena rombak balik, review dan rancang semula. Satu yang aku dapat belajar, kita kena tengok pukul berapa dijangka hujan. Kalau sunny, kita pergi tempat paling cantik sebab nak bergambar.

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...