Saturday, 15 June 2019

Jalan - jalan Sydney : Vivid Sydney 2019

Jika di Malaysia pelita dipasang memenuhi perkarangan rumah serata kampung di bulan Ramadhan. Tapi di Sydney, kita ada Vivid Sydney. Meriah berlampu, bercahaya dan bersuara menerangi kota.

Ada 9 precint kesemuanya. Aku cuma sempat menjengah sekitar Circular Quay. Jika anda berkesempatan melancong ke Sydney pada penghujung May sehingga pertengahan June, datanglah ke Circular Quay pada sebelah malam. Anda berpeluang untuk melihat pelbagai idea kreatif insan berbakat menerusi festival bercahaya ini. Anda boleh melihat Sydney Harbour Bridge dan Sydney Opera House di Circular Quay. Jika anda menaiki train, turunlah di station Circular Quay. Atau boleh juga menaiki feri dari Pyrmont Bay.



Bagai menepati tema Aidilfitri, sambutan hari raya kami meriah dengan festival Vivid Sydney. Bermula pada jam 6 petang sehingga 11malam. Jangan risau, ada makanan halal di station Circular Quay. Biasanya aku solat siap-siap di kolej. Kiranya aku pergi selepas habis kelas.

Kenapa start pukul 6 petang? Boleh nampak lampu ke?

-Ya. Pasti boleh. Kerana pertunjukkan ini berlangsung pada penghujung musim luruh sehingga masuknya waktu musim sejuk di mana waktu siangnya pendek. Seawal jam 5 petang lagi kami di sini sudah berbuka puasa. Maghrib masuk pukul 5 petang.

Oleh kerana festival ini pada sebelah malam di musim sejuk, tak jauh aku berjalan. Aku perlu pergi berkali-kali untuk menikmati dari pelbagai sudut. Orang agak ramai di hujung minggu. Jadi, aku berpeluang pergi weekdays. Tak dapat masuk port yang cun macam kat tepi Sydney Opera House tu sebab diorang kasi pelanggan club jer yang boleh masuk. Tapi tak dilupakan juga untuk warga emas dan OKU. Diorang ada tempat khas untuk melihat Vivid Sydney. Much better la dari New Year haritu.


Wednesday, 12 June 2019

Jalan - jalan Sydney : Perisher Ski Resort - Bersalji di Aidilfitri

Sebab tengah excited nak cerita pasal pengalaman ke Mt. Perisher, jadi kita tangguh dulu cerita syawal di rantauan. Hehe.

Syawal kedua kami di sini
Kami memang sewa kereta untuk 2 hari beraya. Senang nak bergerak dan pergi open house rumah kawan-kawan. Check weather memang kerap hujan masa raya nanti. Memang husband aku tak boleh nak buat keje pun sebab cuaca hujan tak menentu.

Pagi 1 Syawal hujan. Kami menuju ke Malaysia Hall untuk beramah mesra dengan orang-orang Malaysia yang menyambut Aidilfitri. Ada jamuan makan-makan dan sesi bergambar. Bila dah jumpa kawan-kawan di sini biasalah panjang akal nyer. Haha. Member ajak pergi main snow kat Mt Perisher. Bukan minggu depan atau bulan depan. Tapi esok harinya. Ajer gilerr.. Haha.

Aku tergamam. Aku fikir duit jer dan risau husband aku tak larat drive 5 jam lebih weh. Kami amik masa sikit untuk berfikir dan berbincang. Sambil-sambil tu kami pergi Sydney Harbour Bridge bergambar dan makan-makan kat rumah member. Kat situ kami kasi confirmation. Onnnzz!

Apa yang membuatkan kami rasa ok jer nak join sebab anak. Anak kami dan anak member lebih kurang sama baya. Duduk sini memang kami excited bila Wafiya ada kawan. Kami suka long journey sebab anak dapat tidur dalam kereta lama-lama. Ada geng untuk Wafiya main snow. Dulu masa pergi Jeju, Wafiya macam quite boring. Soal duit memang kami laki bini malas nak fikir. Layan jer lah. Fikir banyak-banyak mengganggu mood jer. Jadi, kami layannn jer. Husband call car rental untuk extend days.

Lepas makan-makan kat rumah kawan kami terus ke Decathlon. Polisi Decathlon, boleh return barang dalam masa 365 hari. Jadi kami plan, beli jer apa pun. Lepas balik main snow boleh return. Hehe.. Penjimatan yang padu. Kalau tak beli, boleh sewa kat sana nanti. Kat Jyndbyne. Small town sebelum sampai ke Ski Resort tu. Tapi kalau sewa, lepas return. Tak dapat apa lah kan. So, kami plan nak sewa snow boot jer kat sana nanti memandangkan sewa boot agak murah.

Lepas shopping kat Decathlon terus balik rumah. Rehat-rehat. Aku hambat husband aku suruh dia tidur dulu. Kesian kat dia. Nanti dia bukan nak kasi aku drive. Cuak gamaknya. Haha. Jadi, aku suruh dia lena jer dulu toksah pikir banyak. Pukul 2 pagi pada 2 Syawal tu terus kami dua kereta dengan member konvoi terus ke Mt. Perisher. Aku tak tidur pun dalam kereta. Aku suka layan pemandangan dalam perjalanan.



Selalu orang kata yang penting bukan destinasi yang dituju, tapi pengalaman perjalanan tu. Tapi trip ke Mt. Perisher ni bagi aku memang superb ar! Perjalanan dihidangkan dengan pemandangan menarik. Destinasinya pun cantik. Aku suggest kalau korang datang ke sini, stay dulu satu malam kat Jyndabyne. Kami ni gamble. Nak stay bermalam tu kami fikir kemudian. Haha.

Dari Sydney, kami merentasi Canberra. Inilah kali pertama kami keluar another state iaitu from New South Wales ke ACT. Tapi nanti kena masuk balik ke NSW sebab Perisher Valley tu dalam NSW. Haa... gituu... Jalan raya ok. Selesa. Banyak hentian untuk isi minyak, minum kopi. Highway pun takde toll. Selesa. Cuma selepas Canberra tu kena hati-hati lah banyak Kangaroo terkorban di tepi jalan raya. Jangan laju-laju. Risau kangaroo melintas rempuh kereta.

Selepas merentasi Canberra, kita akan menempuhi satu town kecil iaitu Cooma dan selepas itu ialah Berridale dan Jyndabyne. Kami berhenti di Jyndabyne agak lama jugak sebab isi minyak dan sewa kelengkapan kat BP Ski Hire sebelah station minyak BP. Layanan pun baik - baik. Sabar jer melayan kami yang kerap tukar-tukar saiz. Husband aku dan member dia sewa snowboard. Kemain diorang ni. Husband aku teragak-agak jugak nak sewa. Aku cakap takpe lah. Main dan enjoy. Aku layan Wafiya. Kasi can daddy time setelah penat bekerja.

Jyndabyne ni bagi aku memang cantik. Ada tasik. Taman rekreasi. Aku sempat melihat kanak-kanak di sini sedang menunggu bas untuk ke sekolah. Comel-comel belaka. Pipi merah-merah semuanya. Of course lah area ni tak de immigrant. Sape nak duduk banat-banat gini kan.

Satu persatu pemandangan menarik dihidangkan untuk kami. Selepas Jyndabyne terus kami masuk ke pintu National Park dan bayar entrance fee sebanyak $17 per car for 24 hours.  Selesai bayar entrance fee tu terus nampak salji di tepian jalan dan lama kelamaan bukit-bukit yang dipenuhi salji. Ya Allah. excited gila rasa dan sangat cantik. Hari yang kami pergi tu merupakan hari terrakhir untuk tidak memakai chain. Boleh semak dekat ski hire yang kita pergi tu. Diorang dah cakap harini tak perlu pakai snow chain. Kalau tak, kena keluar duit lagi lah untuk sewa snow chain.

Pintu masuk ke Perisher
Kawasan parking masih banyak kosong. Kami bersiap-siap memakai kelengkapan di dalam kereta. First time aku turun, angin kuat terus aku melompat masuk kereta semula. Sejuk gila. Kawan kami siap bawang ketupat nasi impit lagi dengan kuah kacang dan ayam masak kicap. Kami bersarapan di cafe yang disediakan. Boleh jer bawa makanan dari luar. Tiada halangan.

Kami bawa bekalan makanan dan makan di cafe

Ada juga kedai kebab di sini. Halal di makan
Masa nak menapak ke cafe tu suami aku rasa snowboot dia ketat. Mula lah perasaan dia kelat. Nak pegi tukar, kena drive lagi setengah jam. Takkan nak biar jer pakai ketat macam tu tak syok untuk meluncur snowboard nanti. Akhirnya suami aku akur dan turun ke Jindabyne semula untuk menukar snow boot setelah dipujuk. Yerlah dah bayar sewa mahal-mahal, tak dapat main dengan selesa pulak rugi nanti. Sementara tu boleh lah aku suap  Wafiya makan. Kasi dia makan kenyang-kenyang baru syok dia main.

Selesai semua makan dan suami aku pun balik dari tukar boot, kami mula turun padang. Aku dan anak-anak layan toboggan. Seronok pulak meluncur laju. Suami aku warming up practise sikit-sikit dan biasakan diri meluncur dengan snowboard. Bukan senang rupanya. Dah lah berat. Lagi sekali suami aku dapat identify snowboard dia tak kena dan dia bandingkan dengan snowboard kawan dia. Rupanya snowboard ada side. Kita kena identify kita selesa kanan kita di hadapan atau belah kiri sebab kaki hadapan kita (kiri atau kanan) lah yang akan memulakan peluncuran. Banyak kali lah suami aku jatuh gedebuk-gedebuk.

Bukan selalu dia mintak ambil gamabr dia
Bila kawan kami stop main snowboard, suami aku try pinjam board dia barulah suami aku berjaya meluncur laju. Tapi satu hal lagi, tak reti stop. Maka dijatuhkan lah badan dia untuk berhenti meluncur. Kalau tak, mau langgar segala benda. Haha. Wafiya seronok main dengan kawan, buat snowman. Siap pegang sudu garfu lagi. Dia ingat ABC ke ape. Meregek la dia dengan kawan dia main snow. Bukan dia heran pun sejuk-sejuk.

Kecik-kecik lagi dah pegang snow
Kami yang mak mak dan bapak bapak ni pun tak tahan sejuk. Kami masuk ke cafe. Tinggal Wafiya dan kawan dia masih bermain salji sambil dipantau oleh kami dari dalam cafe yang berkaca. Sedar tak sedar rupanya diorang meluncur toboggan sendiri. Siap sengih-sengih dan lambai-lambai kami berempat di dalam cafe. Tapi semacam pulak kami tengok, makin laju meluncur turun. Kami berempat tangkas bangun bila pengakhirannya mereka jatuh ke bawah di ruang meja makan luar cafe. Tapi kami tak nampak macam mana diorang jatuh sebab terlindung di sebalik tiang di belah kiri kami. Masa kami dapatkan diorang, dua si kecil ni tengah memanjat bangun ke atas. Mujur tak terhantuk meja ke apa. Ya Allah, risau sungguh. Tu lah. Bila seronok main.

Kami bersiap-siap untuk pulang jam 5 petang. Gelap macam dah malam. Padahal baru pukul 5 petang. Kami teragak-agak juga untuk bermalam di Jindabyne atau tak. Sambil lepak di cafe tu ada juga cari penginapan let say tak larat drive balik ke. Mostly hotel fully book. Makanya kami memandu perlahan-lahan juga untuk pulang. Sambil tu kami singgah di ski rental itu semula untuk return barang-barang yang disewa. Doploh kali kami berhenti di hentian rehat. Memandu dalam gelap malam pulak tu. Kerja gila sungguh. Hehe.

Return barang-barang sambil buat havoc.

Keesokan harinya barulah kami pulangkan kereta dan return barang di Decathlon. Sepanjang trip ni ada benda yang boleh dijimatkan lagi dan ada perkara untuk penambahbaikan di masa akan datang. Kawan aku ramai yang dm ajak aku bawa diorang pula. Memang terbaik lah aku boleh buat kat diorang sebab aku learn banyak dari this trip. 

Bila duduk di luar negara, yang seronok tu pergi jalan-jalan. Kos perbelanjaan untuk pergi jalan-jalan dah terasa murah. Terasa macam aku pergi jalan-jalan tak balik-balik pulak. Sewaktu awal sampai ke sini aku terasa risau. Aku tak bekerja dan tak mempunyai pendapatan. Aku risau aku tak berpeluang untuk jalan-jalan dan menjelajahi Australia. Tapi Alhamdulillah, rezki itu ada. Bersangka baik lah kepada Allah. Niat yang betul disertai dengan azam yang kuat, pasti dapat.



Monday, 3 June 2019

Bazar Ramadhan di Sydney : Ramadan Night at Lakemba

Antara perkara yang best di bulan Ramadhan ni ialah bazar ramadhan. Di Malaysia, petang-petang mesti kita seronok menjamu mata di bazar Ramadhan. Best kan?

Aku fikir aku akan terlepas bazar ramadan. Rupanya kat Sydney pun ada jer bazar Ramadhan. Mengejutkan, bazar Ramadhan tidak diadakan di waktu petang sebelum buka puasa. Tetapi ianya diadakan selepas berbuka puasa.

Bazar Ramadan yang aku pergi kat sini ialah di Lakemba. Cuaca yang sejuk membuatkan aku sentiasa terfikir-fikir bila masa yang sesuai untuk aku pergi bersama Wafiya. Beberapa hari sebelum 1 Syawal barulah kami berjaya ke Bazar Ramadan di Lakemba tersebut. Itupun suami aku berkelapangan untuk menemani kami. Sejuk dan gelap seawal jam 5 petang.

Pada mulanya aku fikir bazar ramadan sini biasa-biasa jer. Tak sangka pulak aku sambutan yang sangat memberangsangkan. Bukan sahaja umat Islam meraikan. malah pelbagai bangsa dan agama turut turun padang.

Suasana bazar Ramdhan di Lakemba
Of course Bazar Ramadhan sini takde apam balik, kuewtiaw goreng, nasi lemak. Tapi ada sesuatu yang menarik di sini iaitu kepelbagaian makanan tradisi orang Arab dan Turki. Aku dapat melihat dan belajar mengenai makanan tradisi diorang di sini.

Bazar Ramadhan ini agak besar dan panjang. Diadakan di sepanjang baris kedai di pekan Lakemba. Kami pergi menaiki train. Gerai-gerai jualan mereka adalah di sepanjang pejalan kaki di barisan kedai-kedai. Tiada khemah-khemah seperti di Malaysia. Biasalah kalau banyak gerai jualan dan ramai orang, pasti keadaan jalan raya begitu sesak.

Kedai-kedai tu pun masih dibuka. Biasanya tutup awal juga.
Antara menu yang kami cuba di sini ialah burger daging unta. Bila tengok orang ramai beratur panjang, pasti sedap. Kebetulan kami terjumpa kawan kami yang sedang beratur. Apa lagi, minta tolong kawan lah belikan. Hehe.

Sedap juga burger daging unta tu. Kalau tau, mesti nak beli dua.
Selain makanan terdapat juga gerai jualan pakaian. Takde lah baju melayu atau baju kurung. Diorang jual pakaian tradisi orang arab seperti jubah. Material boleh tahan. Tahan sejuk. Hehe.

Aku juga dapat lihat keunikan "coffee on the sand". Minuman tradisi Turki. Didapati ramai orang mencuba Kenafeh, manisan berkeju orang Turki.

Pembikinan coffee on the sand
Cofee on the sand dan Kenafeh
Ada satu perkara yang aku kagum bagaiman sikap toleransi orang di sini. Aku dapati ada dua khemah di pasang di perkarangan gereja. Khemah tersebut menyediakan teh secara percuma dan sedikit jamuan makanan untuk pengunjung yang ingin mengetahui ajaran agama Islam. Sambil minum teh, beberapa orang cuba untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang ajaran Islam.

Khemah dipasang di perkarangan gereja

Sembang santai menyampaikan ajaran Islam
Keadaan yang sesak dan ramai orang membuatkan kami berjalan hanya separuh. Ada yang lepak-lepak di tepi jalan berbual dengan rakan, makan-makanan yang diorang beli on the spot kat situ jugak. Hehe. Kalau kita beli makanan kat bazar mesti kita bawak balik baru makan kan. Tapi kat sini, time-time tu jugak diorang nak makan. Gerai-gerai yang laris tu orang ramai pasti beratur panjang.

Bazar Ramadhan ini diadakan di sepanjang bulan Ramadhan dari selepas waktu berbuka hinggalah ke tengah malam dan mungkin sampai ke pukul 3 pagi. Tapi aku hanya berpeluang hanya sekali ke sini. Keadaan cuaca yang agak sejuk dan memikirkan kalau aku pergi, aku kena berjalan kaki dari rumah ke train station berdua dengan Wafiya dalam gelap malam mematikan hasrat aku untuk pergi banyak kali.

Diharap aku dapat eksplore lebih lagi di tahun hadapan. Jom tengok video yang aku rakam suasana bazar Ramdhan di Lakemba.


Saturday, 1 June 2019

Ramadhan di Rantuan : Berpuasa di Sydney

Memang kami tiada plan untuk pulang ke Malaysia menyambut Aidilfitri dan ramadhan. Memang kami nak melalui pengalaman berpuasa dan beraya di rantauan. Agak menarik berpuasa di sini. Selain cuaca yang sejuk, kami menahan lapar dan dahaga dalam tempoh yang singkat.

Ramadhan tahun ini adalah semasa musim luruh di mana waktu ni Daylight Saving dah ditamatkan. Siangnya pendek. Malamnya panjang. Kami berbuka sekitar pukul 5 petang. Semakin hampir penghujung ramadhan, semakin cepat waktu berbuka. Hari ini aku berbuka pada jam 4.56petang.

Waktu sahur pula sekitar pukul 5pagi juga. Semakin hampir ke penghujung ramadhan, semakin lambat waktu bersahur. Pagi tadi, pukul 5.22pagi habis waktu bersahur. Waktu sahur amat mencabar sekali di mana suhu yang sangat sejuk membuatkan badan terasa malas nak bangun. Tapi kami tak pernah miss. Sentiasa bangun sahur dan sembang laki bini. Suami aku ni mujur tak liat bangun tidur. Mudah keje aku.

Ramadhan 2019 di penghujung Autumn

Semakin ke penghujung ramadhan suhu makin jatuh kerana musim sejuk menghampiri. Bersahur sekitar suhu 4 darjah amat menguji. Terketar-ketar tangan nak menyuap nasi ke mulut. Pegang barang pun semua rasa macam nak lempor ajer.

Berbuka pula kadang-kadang aku berbuka sorang. Kadang-kadang jer berbuka dengan suami. Hari yang aku ada kelas, aku bawak siap-siap minuman dan makanan kudapan. Lecturer aku kasi jer kalau aku nak keluar makan. Tapi aku malas lah nak makan bersungguh-sungguh pulak. Lebih baik waktu tu aku solat jer masa class tengah break. Bukan selalu sangat pun ade kelas.Suami aku pun kadang berbuka sauk kebab. Mana yang sempat jer. Kadang aku bekalkan kat dia kalau dia gi kerja lewat.

Kat sini pun ada juga bazar Ramadhan, di Lakemba. Kawasan majoriti orang Islam. Uniknya, bazar ramadhan di sini berbuka sejak dari berbuka puasa sehingga waktu sahur. Kiranya malam jer lah. kalau kat Malaysia kan tengah hari dah set up khemah. Aku pun tak tahan nak ke bazar Ramadhan sejuk-sejuk gini. Tak sanggup. Kalau datang lagi angin. Uiiii.... syahdu ..

Asam garam hidup di rantauan bersulam kan kepelbagaian musim

Yang aku tahu, kat sini tarikh mula puasa dan tarikh raya agak bercanggah mengikut puak. Tak sangka, ada juga yang macam ni di bawah satu agama yang sama. Hurm.. Aku taknak ulas panjang sebab aku tak tahu cerita sebenarnya kan. Apa-apa pun moga semua umat Islam hidup bersatu padu.

Salam Ramadhan buat rakan-rakan di Malaysia. Moga Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Eh eh.

Thursday, 30 May 2019

Musim Luruh di Sydney

Musim luruh di Sydney bagiku boleh digambarkan sebagai persediaan sebelum ke musim sejuk. Hujung musim luruh suhu makin drop dan ada minggu yang terlalu sejuk. Musim luruh atau Autumn Season di Australia bermula pada 1 March dan berakhir pada 31 May.

Hunting Autumn di Mt. Wilson
Pada bulan April kita dikehendaki menukar jam untuk menamatkan daylight saving time. Di mana kita akan bawa satu jam ke belakang. Jam pada handphone dan komputer automatic akan bertukar. Jika sebelum ini, beza antara Malaysia dengan Sydney ialah 3 jam, maka sekarang beza Malaysia dengan Sydney adalah 2 jam.

Apabila ini berlaku, makanya kita dapati cepat jer malam tiba. Waktu siang terasa sangat pendek. Waktu malam terasa sangat panjang. DST tu bertukar bagi menyahut seruan musim panas. Hahaha. Musim panas akan terasa waktu siang begitu panjang. Jam 8 malam baru nak gelap.

So, pada April iaitu pada musim luruh, jam sudah ditukarkan. Pukul 5 petang dah gelap. Untungnya berpuasa di Sydney. Kerana berbuka pada pukul 5petang. Sahur pun takde lah awal sangat. Sahur jam 5 pagi juga, around that.

Ok, basically, bulan Ramadhan tahun 2019 ini jatuh pada musim luruh. Maka bersorak gembiralah umat Islam hehe. Tapi harus diingatkan bahawa bulan Ramadhan kan bertukar ikut kalendar hijriah. Makanya, jangan jadi lupa daratan bahawa nanti mungkin kita bakal buka puasa jam 8 malam apabila Ramadhan jatuh pada musim panas. Haaa... amik kau. Tapi best lah kan. Dapat merasa kepelbagaian musim dan berlainan sambutan Ramadhan.

Seawal musim luruh biasanya tak berapa nampak sangat warna-warna daun yang stunning. Tambah lagi di Sydney city. Tak lah mercik hawau sangat. Kalau nak hunting autumn color kena pergi ceruk rantau ulu banat. Pasti akan jumpa pemandangan yang merrcik. Jadi, aku pernah ikut kawan hunting autumn color kat Mt. Wilson. Serious cantik baq hang.

Biasanya bulan Mei akan nampak warna-warna autumn yang cantik. Jadi, kalau korang datang ke Sydney bulan April, so takde ape sangat lah nak di lihat sebagai bonus. Bulan Mei boleh lihat warna-warna Autumn. Bulan September boleh tengok bunga tulip di Canberra. Bulan November boleh tengok bunga Jacaranda, kat area city ada banyak. Orang kata, Autumn ni second musim bunga. Setuju juga. Daun-daun Autumn memang cantik.

Boleh visit ig aku untuk lebih gambar menarik.

Di penghujung musim luruh memang memang makin sejuk. Secara kasar takde apa sangat aku nak ceritakan di musim Autumn selain daun-daun yang cantik kerana musim ini seperti persediaan untuk ke musim sejuk. Masa tu lah kami dah start keluarkan balik baju-baju sejuk, thermal wear, mafla. Kedai-kedai pun dah  mula keluarkan heater di rak jualan yang paling latest. Memang makan modai gak la musim sejuk ni. Jadinya, musim autumn dah kena buat saving untuk beli macam-macam di musim sejuk. Tapi ni semua satu kali investment jer. Bila aku dah beli semua ni, next time aku tak perlu beli lagi dah. Melainkan jika Wafiya dah bertukar saiz. Hehe. Itupun kalau ada rezki tinggal di sini tahun hadapan.

Kedai favourite aku


Oklah, see you next time pada musim sejuk pula!

Boleh baca rentetan pengalaman musim lepas di sini :

Spring in Sydney
Summer in Sydney


Wednesday, 29 May 2019

Kisah Laksa di Australia

Baru-baru ini aku berkongsi pengalaman menyediakan laksa di Sydney. Tak sangka dapat sambutan pulak kat facebook. Jadi, aku ingat nak simpan memori tu di sini juga.

Makanan lain aku still ok lagi. Tapi kalau laksa, aku tak tahan godaan. Geram jer tengok orang share kat fb. Terliur dibuatnya.

Cerita yang aku nak bawakan bukanlah sesedap mana laksa yang aku masak. Aku nak highlight cara-cara aku nak dapatkan bahan-bahan buat laksa tu. Agak mencabar juga. Betullah apa orang cakap, yang penting bukan destinasi, tetapi pengalaman perjalanan yang dituju. Haha.

So, ini pengalaman aku meneyediakan bahan-bahan membuat laksa kat sini.

Pada mulanya, aku ingat nak guna spaghetti jer. Tapi satu hari, aku ada nampak iklan kat group ada orang jual laksa. Aku make some deal with her. Nak beli kat dia pun actually mencabar juga sebab aku ada Wafiya yang sentiasa di sisi dan kami tiada kenderaan. Jadi, untuk dapatkan laksa yang siap di masak, aku kena berjalan kaki ke train station, membawa 3 bungkus laksa dan juga jalan berpegangan tangan dengan anak comel aku ni.

Laksa yang aku beli kat dia tu sangatlah sedap. Aku rekemen juga kat kawan-kawan. Kadang-kadang rumah aku jadi pesta makan laksa. Hehe. Aku makan laksa kali ni dengan rasa teruja. Dah lah sedap, bahan-bahan cukup lengkap. Kagum aku dengan si pembuat laksa ni.

ni laksa yang aku beli di Sydney. Sedap!

Aku yakin, mesti mee laksa ni ada dijual. Tapi aku tak pasti kt mana untuk dapatkan. Tak pula aku bertanya. Teringin juga aku nak masak laksa sendiri. Tak pernah masak pun laksa ni masa kat Malaysia.

Nak dapatkan bahan-bahan laksa ni agak makan masa juga sebab aku bukan dah dok sini lama. Baru jer beberapa bulan, belum tahu lagi selok-belok tempat. Kereta pun takda. Aku kena cari sambil jalan-jalan. Memang orang boleh suggest, pegi kedai Asean lah ape lah. Tapi bukan hari-hari bahan tu ada kat kedai diorang. Aku jadi macam hunter pulak.

Aku ada nampak iklan jualan Bunga Kantan di group. Setelah mesej dengan penjual, kat tangan dia takde stock. Dia letak kat kedai Indonesian di Punchbowl. Aku pun apa lagi, menapak ke train station dari rumah sambil bawa bag tarik aku tu. Tau lah Punchbowl ni perangai dia satu, takde lift. Harap belas ihsan orang jer untuk angkut barang-barang yang banyak dan berat.

Sampai jer di kedai Indonesian tu, macam-macam aku beli. Yang tak perlu pun aku beli sebab mana nak tau, nanti nak pakai. Beli jer siap-siap. Aku berjaya dapatkan bunga kantan di sini berharga $8 untuk 4 kuntum bunga kantan frozen yang syantik. Lepas aku sauk macam-macam kat kedai runcit ni, memang azab la untuk naik tangga train station Punchbowl ni.

Baru tau bunga kantan dipanggil torch ginger haha. Ni la Punchbowl train station, mana ada lift. ceitt!

Lepas turun train station kat rumah aku, aku usha kedai runcit Vietnam kat sini pulak. Tengok ada apa. Aku teruja bila aku nampak mee laksa tu sekaligus aku jumpa daun kesum. Tapi aku tak beli sebab aku perlu cari ikannya dulu. So, aku dah aim dah. Mee laksa dan daun kesum boleh dapat kat sini.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Aku tak jumpa ikan yang sesuai. Aku tengok kat market, takde rupa ikan kembung pun. Ikan sardin pun takde. Masalah juga sebab aku tak kenal ikan. Tapi rupa iras-iras pun aku tak nampak. Aku pikir macam nak guna ikan dalam tin tu jer.

Maka aku kembali ke kedai Vietnam tu semula. Tutup. Esoknya aku pergi lagi. Tutup juga. Aku cerita kat suami aku, apesal lah kedai Vietnam tu asyik tutup jer. Suami aku cakap, depa beraya kot. Aku target seminggu jer lah kot. Tiap kali lalu, aku pergi jenguk. Hairan aku. Apesal selalu tutup eh? Kat siapa la aku nak tanya.

Satu hari, pagi-pagi aku jalan-jalan usha ikan kat market, aku terjumpa ikan yang ada iras-iras macam sardin. Aku tak sure exactly name ikan tu. Lupa pula nak tanya. Seingat aku ikut tag nama yang tertera ialah sardine. Tapi bila aku upload kat facebook, rata-rata give komen yang tu bukan sardine. Ikan tamban kata mereka. Tak sure la pulak kalau omputeh still panggil ni spesis sardine. Bunyi macam nak marah jer diorang ni sebab aku salah nama ikan. Rileks kak. Benda leh perbetui. Haha.

Yang best bila beli ikan kat sini ialah hat kecik-kecik cenonet pun dia sanggup siangkan. Bungkus pun cantik elok kemas tak menjejeh air keluar.

Aku guna ikan ni untuk masak laksa. Kedai yang tolong siangkan. Penapis ni lah yang aku guna untuk tapis kuah laksa. Jenuh

Elok aku dapat ikan tu, buka jugak kedai Vietnam akhirnya. Rupanya dia renovate. Alahai. Jenuh aku menunggu. So, after renovate pun dia jual mee laksa dan daun kesum. So, aku dah boleh buat laksa.

Daun kesum aka Vietnamese Mint

Masa nak masak laksa macam biasalah, aku akan call mak. Makk.. macam mana buat laksa. Hehe. Elok best jer memasak, aku takde penapis nak tapis ikan. Haha. Maklumlah. Baru nak hidup kan.  Gigih lah aku guna penapis yang ada jer.

Merasa lah aku laksa air tangan sendiri. Aku tak pakai timun pun. Aku gantikan dengan lettuce gitew. Aku dan anak aku jer yang hantu laksa. Suami aku memang tak layan laksa.

Phew~ At least aku tau jugak lah kat mana nak dapatkan bahan-bahan ni. Boleh lah masak menu lain jugak. Asam pedas ke. Asam rebus ke. Bahan dah tau nak beli kat mana. Penat juga. Ke sana ke mari. Jalan kaki. Naik train, bas bagai. Semata-mata nak buat laksa. Duduk di luar negara baru belajar berdikari masak makanan yang kita nak,kan. Kalau kt Malaysia, senang jer nak dapat.

Berjaya buat laksa

Sunday, 5 May 2019

Jalan - jalan Sydney : Breenhold Garden, Mt Wilson

Seperti yang aku katakan di post sebelum ni, musim luruh memang kurang taringnya di Sydney CBD. Kalau nak merasai vibe Autumn, perlu keluar bandar dari kota Sydney.

Itu hari aku ikut kawan hunting autumn color ke Mt. Wilson. Memandu jauh ke kawasan luar bandar. Indah betul pemandangan serata bumi Australia ni.



Jangkaan aku terhadap cuaca ternyata salah. Aku dan Wafiya kesejukan. Baju yang kami pakai tak cukup untuk menampung kesejukan di Mount Wilson.

Breenhold Garden, itulah destinasi kami. Dibuka pada musim luruh kerana landscape yang menarik. Ramai datang ke sini pada musim luruh. Untuk tangkap muat masuk ke Instagram dan ada juga yang tak melepaskan peluang untuk gambar perkahwinan. Superb!

Bayaran $9 per person untuk entrance. Parking tepi jalan jer. Kemudian tangan di cop. Boleh ke pagar taman seberang dengan sekali bayaran.

2 jam memandu dari rumah ke Breenhold Garden. Ada cafe dan madu dijual di sepanjang jalan nak ke sini. Fresh air, itu yang kita dapat kalau keluar bandar. Berbaloi sekali sekala ke kawasan luar bandar. Nak lagi best, sewa cottage dan feeding alpaca. Yang tu kena cari lah kat kawasan mana. Sekitar Breenhold Garden ni tak ada lah.







So, kalau korang melancong ke Sydney dalam lebih kurang hujung April atau early May, sewa lah kereta dan ambil angin ke Mt. Wilson. It worth!

Pengalaman Kerja di Australia : 1

 Alhamdulillah dah masuk 3 bulan bekerja di Australia. Sejak mula berhijrah ke Australia, inilah kali pertama aku bekerja. 7 tahun juga gap ...