Tuesday 19 January 2021

Kes Covid-19 di New South Wales, Australia

"sis.. Covid kes kat sana macam mana?"

 

April 2020

Aha. Aku pun tak tau nak jawab macam mana.

Korang nak tau seluruh Australia atau dalam satu negeri yang aku duduki?

Australia ni besar. Setiap negeri mempunyai polisi tersendiri. Aku hanya refer covid case based on state (negeri) yang aku duduki iaitu New South Wales sebabnya, memang kami dilarang merentas negeri sejak dari tahun lepas bermulanya Covid.

Setiap negeri menutup border masing-masing. Kes baharu pun di trace mengikut setiap negeri. Jaga negeri masing-masing. Begitu.

 

masing-masing negeri tutup

Pernah New South Wales buka border sekejap sebelum Christmas sebab masa tu dah hampir 30 hari 0 kes. Kemudian, kes mencanak sampai 10, terus restrictions dikenakan. Negeri lain cepat-cepat menutup border untuk menjaga state masing-masing.

Kami tak diwajibkan memakai mask. Tetapi ada state yang mewajibkan pemakaian mask seperti di Victoria apabila mereka mengalami second wave covid yang agak teruk. Sejak tahun baru 2021, barulah New South Wales pula mewajibkan pemakaian mask. Itupun di dalam shopping mall, indoor dan bagi sesiapa yang menggunakan public transport.

Kami masih boleh lagi beriadah tidak memakai mask. Australia mempunyai banyak leisure outdoor. Park, beach, garden, bicycle and jogging track ada di merata-rata. Luas dan selesa. Crowded memang dapat dielakkan.

Tidak dikenakan bayaran bagi sesiapa yang ingin membuat covid test malah kami digalakkan untuk tampil ke test center. Pernah satu ketika, sesiapa yang membuat covid test dapat duit. Oleh sebab itu, kami menitiberatkan bilangan orang yang membuat test dalam masa 24 jam. Kita tak nak kurangnya kes disebabkan kurangnya bilangan yang tampil membuat test.

0 kes from 20k yg test

Anak-anak mula bersekolah sejak bulan May 2020. Lebih kurang hanya sebulan lebih sahaja online class. Memang ada juga kes di sekolah, di aged care malah ada juga yang terkena di hotel kuarantin. Ada juga benda-benda yang orang sini marahkan dan beberapa event yang tak patut diadakan seperti pertandingan cricket, firework new year, malah ada yang berkumpul ramai-ramai buat protes tak puas hati kena pakai mask. Kalau cuaca panas, tergadai segala social distancing akibat menyotong di pantai. Biasalah di mana-mana pun ada saja benda tak kena.

Jika dibandingkan dengan negara lain di Eropah mahupun di US, alhamdulillah Australia masih lagi terkawal. Dijangka Australia akan menutup border sepanjang tahun 2021 walaupun diberi vaksin pada February ini. Semua maklumat ini aku rujuk berita. Pasti akan ada perubahan dari masa ke semasa.

Walaupun covid kes di sini kurang, kami pun risau dengan keadaan di Malaysia. Yerlah. Seluruh ahli keluarga kami di sana. Kami juga mengharapkan border buka untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat. Besar harapan agar covid kes di Malaysia kian reda.

Apa pun, diri sendiri kena ambil langkah berhati-hati. Bukan riang ria sesuka hati ke sana ke mari. Bertanggungjawablah menjaga diri supaya tidak menyusahkan orang lain di kemudian hari.

 

Kita semua rindu keadaan dulu.

Moga segalanya pulih dan berlalu.


No comments:

Post a Comment

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...