Wednesday 15 July 2020

Visa Kerja di Australia : Things You Should Know About Skill Visa

Assalamualaikum, readers.

Sebelum ni aku banyak cerita tentang student visa jer kan. Actually ada visa lain yang aku sedang consider dan actually dah lama aku consider before student visa lagi.

Dulu, sekitar tahun 2008 aku hanya fikir nak sambung study luar negara jer sebagai cara untuk aku rasai kehidupan living abroad. Then, sebab aku tak dapat sponsorship dan tak mampu nak self-funded, aku usha visa lain untuk cari peluang living abroad.


Sekitar tahun 2017, aku buka website immigration dan baca banyak tentang visa pelbagai negara. Tepu, muak, muntah semua ada bila terlalu banyak membaca. Jadi aku list out dan narrow down yang mana senang. Australia lah aku rasa senang.

Aku pernah email sorang agent ni yang berpejabat di Perth. Dia beritahu yang aku boleh apply Skill Visa atau Visa Kerja. Lepas dapat maklumbalas, bila aku tengok jer IELTS requirement, terus aku rasa hambar. Hurm... Itulah... dari tahun 2008 lagi halangan aku ialah IELTS. Susah betul nak break mindset ni.

ni email aku dengan agent tu pada tahun 2017 dulu. Nampak jer IELTS tu aku dah malas.

Lepas dapat email dari agent tu, terus aku pun senyap sebab malas betul nak ambil IELTS. Alih-alih tahun 2018 point dah naik dari 60 ke 65. Serious menyesal tak buat awal-awal. Apa benda point-point ni. Kejap lagi aku cerita.

Tahun 2018 aku ambil juga IELTS. Aku redah juga walau payah dan mahal. Aku punya plan macam ni, kalau dapat band tinggi, aku nak apply skill visa. Kalau rendah, aku apply student visa jer dulu. Nanti bila dah sampai Australia nanti aku akan improve lagi results aku untuk apply skill visa ni. Itu apa yang aku fikir tahun 2018 masa aku ambil IELTS.

Alkisahnya, memang results aku rendah lah citer dia. Takpe. Aku berhijrah guna student visa jer dulu. Sampai jer di Australia aku usahakan untuk dapat skor yang tinggi dalam IELTS. Kesudahan cerita ni, aku memang dah ambil IELTS lagi sekali di Sydney dan keputusan tetap sama. Aku give up dan beralih ke PTE pula. Aku ada cerita pengalaman aku ambil PTE. Aku sambung lagi student visa supaya aku punya cukup masa untuk prepare PTE dan apply visa kerja.

Ok, itu baru mukadimah. Sekarang, baru aku nak kupas tentang Visa Kerja di Australia.

**disclaimer : Aku bukan agent bertauliah atau professional individu yang layak beri advise kat korang tentang visa apa yang sesuai buat korang. Kat sini aku hanya cerita pengalaman dan menurut dari apa yang aku telah baca dan apa yang aku nak buat.

Visa Kerja di Australia basically ada dua secara asasnya. Belum pecah anak-anak dia lagi. Dua asas ni ialah sponsor from majikan atau independent. Kemudian kita pecahkan lagi kepada regional. Pecahkan lagi kepada state sponsorship. Haa... actually banyak subclass visa kerja ni. So, kesimpulannya ialah visa kerja ni ada yang apply indepedently, sponsor from majikan, sponsor from state, dan special kalau kerja di regional area.





Perlu diketahui bahawa visa kerja di Australia tak seperti di Malaysia. Malaysia sangat mudah keluarkan permit kerja untuk warga asing. Tak seperti di Australia, visa kerja sangat susah nak dapat melainkan kau betul-betul ada skill yang Australia value. High demand skill in Australia and of course Australia akan beri kepada individu yang high criteria. Bukan senang-senang dia bagi visa kerja tau. Contoh-contoh yang aku boleh berikan ialah kepada ahli professional seperti engineer, doktor, arkitek, akauntan ataupun yang mempunyai special skill seperti chef, barber, carpenter, electrician, plumber.

For your info readers sekalian, visa kerja yang dipohon independently dan yang di sponsor oleh state, boleh stay permanently okay. Boleh keluar masuk Australia bila-bila masa sahaja. Visa ini ialah visa for Permanent Resident. Ya... you can stay here permanently. Berbeza pula dengan visa yang di sponsor oleh majikan di mana hanya boleh stay ikut tempoh kontrak dengan company.

So, macam mana nak apply visa kerja di Australia. Pertama sekali, tak susah pun. Korang bukalah website immigration dan baca. See..aku banyak kali tekankan. Baca. Baca. Dan Baca. Dengan membaca, kita dapat ilmu. Takdelah pengakhirannya nanti kita ditipu atau duit dibawa lari. Sebab tak membaca lah kita senang ditipu. Tak seronok dengar apabila ditipu, ditindas dan mengalami kerugian beribu ringgit. Pucuk pangkalnya ialah kita sendiri yang membenarkan orang lain menipu kita. Kalau kita ada ilmu tentang visa, berpeluangkah orang lain atau individu lain yang claim diri sebagai "agent" untuk menipu kita? Rasanya, dengan membaca dan mendapat ilmu tentang visa, tak perlu dah kot cari agent.

OK. Melalut lagi. Bila nak habis post ni kalau macam ni.

Sambung balik. Actually ada satu visa yang aku dok terkejar kan sangat ni iaitu Skilled Independent Visa subclass 189. Memandangkan aku study Engineering dan pernah bekerja sebagai Process Engineer dan.. nobody sponsor me, that's why aku consider visa ni. Either subclass 189 or 190 ni aku tak decide lagi sebab English aku pun belum lepas lagi. Kalau korang ada pengalaman kerja sebagai ahli profesional mahupun skill dan tidak mendapat sponsor dari mana-mana syarikat atau tak dapat lagi tawaran kerja di Australia, cubalah mohon visa ni. Boleh dimohon dari Malaysia. Kalau dapat visa ni, boleh lah gerak ke Australia. Kalau tak dapat lagi, boleh duduk di Malaysia dengan sabar. Macam aku sebab tak sabar, tu yang aku lompat ke student visa dulu. Lagipun, study di Australia boleh dapat point.


Beberapa perkara korang perlu tahu untuk mohon visa kerja skill independent subclass 189.


1. Ambil IELTS.

Bila kau dah ada hati untuk ke luar negara, langkah utama ialah ambil IELTS ataupun PTE. Bila ada benda ni dah mudah selangkah urusan korang. Skor setinggi yang boleh untuk dapat point yang banyak.

Point yang paling banyak ialah 20, means kena dapatkan superior english.

Untuk dapatkan superior english, kena dapatkan score berikut.


2. Check Occupation Demand List

Korang kena check skill/pekerjaan/pengalaman korang diperlukan di Australia atau tak dekat link ni.

https://immi.homeaffairs.gov.au/visas/working-in-australia/skill-occupation-list


search kat sini


3. Dapatkan Perakuan dari Assessing Authority

Lepas korang check occupation list tu dia ada beritahu siapa assessing authority bidang korang. Part ni agak tricky sikit dan macam-macam hal. Kena keluarkan modal jugak untuk skill assesment. Kalau macam aku experience engineer so aku kena dapatkan perakuan dari Engineer Australia. Begitulah. Korang check lah siapa assesor korang. Kalau Chef, dapatkan assesment dari TRA. Kalau arkitek, dapatkan assesment dari AACA. Kalau Project Administrator, dapatkan assesment dari VETASSES.

Kita nak positive outcome dari assesor ni dan diorang lah yang akan memperakui pengalaman kita di Malaysia. Benda ni pun akan diambil kira untuk point entitled.


4. Submit Expression of Interest.

Bila dah sattle IELTS atau PTE, dapat positive outcome dari Assessing Authority, kemudian boleh buka website immigration dan submit EOI. Kat sinilah kriteria korang dan point di ambil kira. Sebelum start IELTS tu lagi dah boleh check point korang. Check berapa korang punya point kat link ni.

https://immi.homeaffairs.gov.au/visas/getting-a-visa/visa-listing/skilled-independent-189/points-table

Sekarang ni minimum point ialah 65 yang aku cerita tadi dah naik. Tu sebab kena cepat. Jangan lengahkan masa. Nanti esok lusa naik lagi dah makin susah. Kalau umur korang meningkat pun susah juga, kurang point. Tahun 2017 dulu masa aku usha usha visa ni, minimum point yang diperlukan hanya 60. Tengok sekarang dah naik.



5. Tunggu invitation

Lepas submit EOI, bermulalah fasa menunggu. Korang tunggulah dapat invitation dari pihak immi kalau diorang rasa kita layak untuk apply visa ni. Kena ingat, kita bersaing dengan ramai orang. That's why kena dapatkan point yang banyak. Kalau point takat paras hidung 65 macam mana nak dapat invitation compare dengan orang yang dapat point 75 and so on tu kan.


6. Apply visa dalam tempoh 60 hari

Kalau korang dapat invitation, dalam tempoh yang diberikan, korang bolehlah lodge visa tersebut. Buat bayaran untuk visa pada pihak immi. Kemudian kena buat medical check up. Then tunggulah decision dari pihak immi. Boleh jadi berbulan juga. Ada yang bertahun. Tengoklah rezeki kita macam mana kan.


--

Roughly, macam tu lah caranya. Nak cerita very detail aku pun belum harung lagi. Dua tahun dok stuck tang IELTS and PTE. Benak pulak aku rasa. Haih. Kalau nak cerita detail lagi, boleh jadi patah semangat oo. Aku dok nampak tricky tang Engineer Australia tu. Nak dapatkan assesment dari authority tu, kena check pathway pulak. Kena check course yang kita belajar kat university dulu tu under Washington Accord atau Sydney Accord atau Dublin Accord. Haa amekaw. Takut tak bila aku cerita detail. Kalau job experience tak match, kena buat 3 career episode pulak. Erm.. dah lah. Malas nak citer panjang. Give up pulak nanti.

Sambil-sambil tu korang usha lah berapa point korang leh dapat melalui link ni.

Sekarang korang faham kan, kenapa aku ambil langkah dengan berhijrah menggunakan student visa terlebih dahulu. Sebab sambil aku nak skor tinggi dalam PTE, aku nak dapatkan point by studying in Australia. Taknak masa bazir macam tu jer. Umur meningkat, point kurang. At least aku leh cover balik point tu dengan study di Australia.

Bila dah sampai ke Australia, aku jumpa pelbagai bangsa. Sebenarnya bangsa lain dah terlebih dahulu rebut peluang ni. Aku belajar dari diorang. Cedok pengalaman orang. Macam-macam strategi untuk stay di sini. Parents classmate Wafiya from Bangladesh pun beri semangat supaya kami cuba juga untuk mohon permanent resident. Bangladesh boleh. Takkan lah Malaysia tak boleh kan.

Mostly orang luar yang stay di Australia menggunakan student visa. Diorang ambil course yang diperlukan oleh Australia seperti chef, nurse, aged care, child care. Kemudian diorang apply graduate visa dan mohon permanent resident melalui cara yang aku cerita di atas ni.

Korang takyah lah tanya susah ke senang nak dapat visa. Getik aku soalan tu. Kalau dah nak, try lah. Aku, simple jer. Aku fikir gini, tak cuba, tak tahu. Setiap orang berbeza background. Aku try jer. Kalau berjaya, aku jugak dapat stay permanently. Kalau tak berjaya, sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman dan aku dapat encourage korang to apply, yer tak. Aku rasa aku lagi menyesal kalau tak cuba. Sementara berada di sini, why not give a try. Lagipun bukan kena keluarkan duit segedabak. Mengikut peringkat dan step bayaran.

Alang-alang nak visa kerja, kan dapat stay permanently. Siapa tak nak kan. Boleh keluar masuk Australia bila-bila masa. Boleh sponsor ahli keluarga lagi tu. Memang best lah. Yuran sekolah anak pun free. Uish. Rugi tak cuba. Kalau dapat kerja, gaji pulak per weekly. Seronok bhai. Takde rasa sempit hujung bulan.

That's it. Aku masih lagi bertatih akan hal ni. Target aku jelas. Takde masa dah nak fikir benda lain. Perkara ni menjadi keutamaan. Clear vision! Ini semua perancangan aku jer dan aku ada back up lain juga.

"Dalam kita mengatur langkah menuju cita-cita,
Allah sedang mengatur dengan CINTA."




Moga aku teguh pendirian, berpegang pada visi dan misi.


12 comments:

  1. thank you.. uisshh.. siap tahan nafas baca info ni... macam tgk thriller movie... TQ sharing... from Umi Azrini

    ReplyDelete
  2. Thank you! 😘 posting paling ditunggu2..hewhew

    ReplyDelete
  3. Panjang betul prosesnya. Kita nak renew road tax yang tak sampai 15 minit pun postpone sampai sebulan. Eheheh! Anyway, good sharing.

    ReplyDelete
  4. Hai diyana nak tanya you study apa dekat sana ye? Master ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. study short course biasa2 jer. bukan master. klo master, nk self funded, tak mampu

      Delete
  5. Hi diyana. Awak ambik short course tu self funding ke? Berapa fee nak kene prepare byk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang $1000 to $1400 satu term. Satu term ada 3 bulan. depend on course juga. Fee sy tu course management. Kalau course yg lead to PR mcm childcare, chef, yg tu satu term dlm $2000. InshaaAllah, dgn gaji yg mahal di Aussie ni, mampu self funding dgn course yg mcm tu.

      Delete
  6. hi diyana,saya nak tanya, if saya nak ambil short course, ada recommended website or university untuk apply.ta

    ReplyDelete
    Replies
    1. terus masuk website university or college utk apply. dulu sy ambil course kat Greenwich Management College, ACBI college. Kawan2 yg lain ada ambil kat Pacific Training Group.. boleh jer google. tersangat lah banyak kolej murah2. course yg lead to PR such as cookery, civil construction, aged care, childcare and early education....

      Delete
  7. Tq atas info walaupun dulu pernah ambil visa student class biasa2 je.

    ReplyDelete

Akhirnya Aku Dapat Habiskan Pengajian Master in Telecommunications Engineering di UNSW

Term 3 Tahun 2023 iaitu sesi terakhir pengajian aku. Term terakhir bagi aku. Term yang aku selesaikan baki subject yang belum diambil untuk ...